23 April 2024, Putrajaya - Berlangsung di Menara KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menerima sesi lapor diri Penasihat Undang-Undang KBS baharu iaitu Puan Normie Baizura binti Amiruddin, Pegawai Undang-Undang Gred L52 daripada Jabatan Peguam Negara.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas di KBS.

 

23 April 2024, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Kerjasama Strategik TVET dan Ekonomi GIG di Menara KBS, Putrajaya.

Sebanyak lima (5) Rakan Strategik yang terlibat dengan kerjasama MoU ini iaitu Pcari.my, TROOPERS, Foodpanda Malaysia, CARSOME, dan Bateriku.

Melalui MoU ini, ILKBS mampu melengkapkan pelajar dan belia dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang TVET dan ekonomi gig yang dinamik merangkumi lapan (8) bidang kemahiran utama yang difokuskan iaitu Teknologi Sukan, Fesyen dan Pakaian, Automotif, Hospitaliti, Fotografi dan Teknologi Maklumat, Kosmetologi, Elektrikal dan Mekanikal melalui latihan jangka pendek khusus seperti Skills for Life dan kursus modular (pensijilan micro-credential).

Dianggarkan seramai 2,000 orang pelajar ILKBS dan 3,000 orang belia massa akan menerima manfaat ini.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

23 April 2024, Bukit Jalil - Sekitar sesi Libat Urus YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bersama Jurulatih Program MSN bertempat di MSN Bukit Jalil. 

Objektif utama pelaksanaan Libat Urus ini adalah untuk mendapatkan maklum balas, cadangan serta penambahbaikkan daripada jurulatih untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi .

Seramai 75 orang jurulatih dari program MSN telah hadir ke sesi tersebut. 

Turut hadir sama, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Tuan Haji Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

22 April 2024, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan Majlis Pelancaran Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI’23) Putrajaya hari ini. 

Majlis ini turut dihadiri Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli.

Inisiatif MyMHI’23 merupakan indeks kesihatan mental yang pertama di Malaysia, yang bertujuan untuk mengukur tahap kesihatan mental belia (berumur antara 15 hingga 30 tahun). 

Inisiatif ini diterajui oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan United Nations Children's Fund (UNICEF) dengan sokongan daripada pemegang taruh berkaitan. 

Indeks ini merangkumi tujuh (7) domain iaitu gaya hidup, persekitaran, keperibadian individu, pengalaman hidup, sokongan sosial, pengendalian tekanan, dan minda sihat, serta disokong oleh 28 indikator.

Laporan penuh MyMHI’23 boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
https://www.iyres.gov.my/penyelidikan/senarai-penyelidikan

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

19 April 2024, Putrajaya - Berlangsung di Menara KBS, Sesi Serah Tugas Kerja Puan Aida Mastura binti Mohamed Aman, Penasihat Undang-Undang KBS kepada YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah diadakan berikutan perpindahan Puan Aida ke Jabatan Peguam Negara.

Seluruh warga KBS mengucapkan terima kasih kepada Puan Aida atas segala khidmat bakti kepada KBS dan semoga terus cemerlang dalam kerjaya dan perkhidmatan awam.

Please publish modules in offcanvas position.