8 April 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menerima kunjungan hormat pengurusan KL Tigers Rugby Football Club (KLT). 

KLT merupakan pasukan ragbi akar umbi yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan berpangkalan di Kuala Lumpur.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi kerjasama KBS dengan KLT, dana yang disediakan KBS pada tahun 2024 dan program perkembangan bakat akar umbi. 

Turut hadir bersama adalah Encik Jeffery bin Yon, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Encik Dharzuky bin Daud @ Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Encik Shukri Harun, Ketua Cawangan Projek Khas, Majlis Sukan Negara.

#TeamKBS #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

5 April 2024, Bukit Jalil - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Warga Sukan yang diadakan di MSN Bukit Jalil yang dihadiri atlet-atlet negara dan juga bekas atlet kebangsaan.

YB Menteri juga turut menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Nur Hikmah dan bekas-bekas atlet negara yang bernaung di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

4 April 2024, Hulu Langat - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Perasmian TVET ILKBS sebagai Pelaksana Rintis Kursus Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid bertempat Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua.

KBS melalui IKTBN Dusun Tua menawarkan kursus Penyelenggaraan Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid bermula Februari 2024. 

Pengambilan pertama melibatkan 30 orang belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berumur di antara 18 hingga 30 tahun.

Turut diadakan, Sesi Menandatangani Dokumen Persefahaman (MoU) di antara IKTBN Dusun Tua dengan syarikat dan agensi peneraju dalam bidang kenderaan elektrik dan hibrid iaitu Sunway Berhad dan Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii). 

Dengan adanya kursus dalam bidang baharu ini, potensi tenaga kerja berkemahiran negara dalam sektor EV akan meningkat seiring permintaan industri yang diperlukan oleh syarikat-syarikat automotif tempatan dan antarabangsa.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

1 April 2024, Putrajaya – Mesyuarat Jawatankuasa Tata Kelola (JTK) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan Bil. 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah diadakan selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tata Kelola Nasional yang diluncurkan pada 8 Januari 2024, bagi menggantikan Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR). Mesyuarat turut melibatkan sesi perkongsian bertajuk Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).

1 April 2024, Putrajaya - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Perasmian Simulator Golf Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) di Menara KBS.

Projek simulator golf ini bertujuan untuk merakyatkan sukan golf di peringkat akar umbi.

Inisiatif ini dilaksanakan oleh Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) dengan kerjasama Golf Hub.

Dengan adanya simulator golf di Menara KBS, diharap ia dapat menarik komuniti khususnya di Putrajaya dan kawasan sekitar untuk mencuba seterusnya menceburi sukan golf.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.