📣 Panggilan Negara, Ayuh Ekor Harimau Malaya! 🐯

Jom bersama kita turun padang menyokong perjuangan pasukan bola sepak negara di perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 🏆 ⚽️
 
Malaysia 🇲🇾 VS 🇴🇲 Oman
 
📍 : Rujuk Poster
🗓️ : 26 Mac 2024 (Selasa)
⏰ : 10.00 Malam (Waktu Malaysia)
 
Ayuh semua ramai-ramai ke TAYANGAN SKRIN BESAR dan zahirkan semangat kita! 🎉 🗣️
 
 

23 Mac 2024, Tenom, Sabah - Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan lawatan pemantauan ke tapak projek naik taraf dan baik pulih Kompleks Sukan Tenom pada 23 Mac 2024.

Lawatan ini merupakan usaha berterusan KBS untuk memastikan semua projek pembangunan teratur dan disiapkan mengikut garis masa yang ditetapkan.
Projek naik taraf dan baik pulih Kompleks Sukan Tenom ini merangkumi kemudahan sukan seperti astaka, padang bola sepak dan trek balapan.
 
Projek ini telah mencapai 98% dan apabila disiapkan kelak, dijangka memberi manfaat kepada penduduk Tenom khususnya belia dan penggiat sukan. Ini selari dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
 
KBS turut berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Lembaga Sukan Sabah dalam menjayakan projek ini.
 
Turut hadir bersama adalah YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS; Encik Terrance Edward Pudin, Pengurus Besar, Lembaga Sukan Sabah; dan Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sabah.
 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

 

HEBAHAN IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN, TIMBALAN PESURUHJAYA SUKAN GRED 54 TERBUKA

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1.       Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin mempelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Sukan di Pejabat Pesuruhjaya Sukan bagi Gred 54 Terbuka.

 

  1. Permohonan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Awam / Perkhidmatan Awam Negeri / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di KBS.

 

  1.      Bersama-sama ini dilampirkan borang permohonan untuk rujukan dan tindakan lanjut pegawai. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke KBS seperti alamat di bawah selewat-lewatnya pada 5 April 2024 (Jumaat). Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan diproses.

 

              Setiausaha Bahagian

              Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

              Kementerian Belia dan Sukan

 Aras 5, Menara KBS

 No 27 Persiaran Perdana , Presint 4

 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 62570 Putrajaya

 

  1. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung urusan ini boleh diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:

 

Bil.

Nama

No. Telefon

E-mel

1.

Puan Nur Fariza binti Husaini

03-8871 3027

Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

2.

Puan Ireen Goh

03-8871 355

Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian.

 

“MALAYSIA MADANI”


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

SUMBER:

CAWANGAN PERKHIDMATAN DAN PRESTASI
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Putrajaya, 22 Mac 2024 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan turun padang menonton tayangan Skrin Besar KBS di Dataran Putrajaya sempena Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 - Oman lwn Malaysia.

Berlangsung di Sultan Qaboos Sports Complex, nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia apabila tewas kepada Oman dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan tersebut. 

Turut hadir YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang hadir di Skrin Besar KBS. 

Jangan lupa temu janji kita pada 26 Mac 2024 bagi perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

21 Mac 2024, Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir di Perhimpunan Bulanan KBS bagi bulan Mac 2024.

Dalam amanat YBhg. Ts. Dr. KSU beliau mahu warga KBS sentiasa berasa seronok ketika melaksanakan tugas masing-masing sekaligus menjadikan KBS sebagai tempat yang seronok untuk bekerja.

Beliau juga turut menekankan enam rukun Malaysia Madani dan G.R.E.A.T Civil Service sebagai panduan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Pusat Tanggungjawab Terbaik 2023. Sebanyak sebelas PTJ telah diiktiraf sebagai PTJ terbaik 2023.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.