9 Mac 2024, Kuala Langat - Telah berlangsung Program Ops Pantau Akta 668 Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Kuala Langat Tahun 2024 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Selangor.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan Akta 668 dan pemahaman pengurusan / tata kelola pemantapan kepimpinan pertubuhan belia di daerah Kuala Langat.

Puan Nurhamizah binti Kamarun Majif daripada Pejabat ROY telah dijemput untuk memberi taklimat dan perkongsian berkenaan :

i) Pindaan Akta 668;
ii) Pindaan Perlembagaan;
iii) Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD); dan
iv) Penilaian Penarafan Bintang

Seramai 25 orang peserta yang juga pemegang jawatan dari pelbagai pertubuhan belia bercawangan dan pertubuhan tunggal telah hadir ke program ini.

Perasmian majlis penutup telah dirasmikan oleh Saudara Al-Hafizi Abu Bakar, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Langat. Turut sama hadir Encik Mohamad Fadil bin Sulaiman,
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat.

Diharap dengan perkongsian dan juga taklimat yang disampaikan dapat dijadikan panduan oleh semua peserta di dalam membantu memperkasakan pembangunan pertubuhan belia di Malaysia amnya dan di negeri / daerah khususnya.

3 Mac 2024, Hulu Langat - Program Ops Pantau Akta 668 Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2024 telah dilaksanakan bertempat di Perpustakaan Daerah Hulu Langat, Selangor.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan Akta 668, Pindaan Perlembagaan pertubuhan belia, Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penilaian Penarafan Bintang, Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK).

Taklimat telah diberikan oleh YBrs. Dr. Hjh. Siti Nazariah Hj. Abdul Razak selaku Ketua Penolong Pendaftar dan Pn. Nurhamizah Kamarun Majif; Penolong Pendaftar dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan En. Muhammad Mazli Mustaffa dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.

Seramai 40 orang peserta yang juga pemegang jawatan dari pelbagai pertubuhan belia bercawangan dan pertubuhan belia tunggal telah menghadiri program ini.

Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Saudara Muhammad Sherhan bin Abd Aziz selaku Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat. Turut sama hadir Puan Suhaila Mohd Saat selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.

Penjelasan dan soal jawab dua hala yang baik semasa taklimat ini diharap dapat dijadikan panduan oleh semua peserta di dalam membantu memantapkan tadbir urus pertubuhan belia dan tatakelola kepimpinannya.

10 Mac 2024, Shah Alam - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Peringkat Negeri Selangor bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.

Kembara JOM diadakan bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.

Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].

Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan serta banyak lagi.

Program juga diserikan dengan kehadiran Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, YB Najwan Halimi.

#TeamKBS #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

9 Mac 2024, Kajang - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, YB hadir menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat KBS Tahun 2024.

Berlangsung di Sports Arena @ UNITEN, sambutan turut diserikan dengan pelancaran video Kod Sukan Selamat.

Selain itu, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) turut menganjurkan Kejohanan “Walking Football” sempena Hari Wanita Antarabangsa di lokasi yang sama.

Wanita Dijulang Negara Gemilang

#TeamKBS ##MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

9 Mac 2024, Cheras - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyempurnakan pelancaran Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2024 bertempat di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras.

Program ini merupakan inisiatif KBS dengan hasrat membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat terutamanya di peringkat komuniti, termasuk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

Program diadakan secara mingguan (hujung minggu) di 43 buah PPR/PA seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula pada bulan Mac hingga Disember 2024 dengan pengisian sebanyak 44 buah siri senamrobik secara PERCUMA.

Program juga turut dimeriahkan dengan kehadiran atlet tenpin boling, karate, pencak silat dan olahraga.

Penganjuran program juga akan menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan sukan untuk semua termasuklah dalam kalangan kaum wanita dan warga emas seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.