Kuala Lumpur, 2 Mac 2024 - YBhg. Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah hadir merasmikan KL Tigers 10 International Rugby 2024 di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara Kuala Lumpur. 

Kejohanan yang disertai oleh pasukan tempatan dan luar negara yang terdiri pelbagai usia seawal 6 atau 7 tahun, lelaki dan perempuan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Encik Charles Brewer, Presiden Kelab Ragbi KL Tigers Encik Attila Emam, Setiausaha Kehormat, Malaysia Ragbi Encik Mohamad Fahmy bin Abd Jalil serta pegawai dan delegasi pasukan negara yang menyertai kejohanan.

Semoga sukan ragbi terus berkembang dan merapatkan hubungan dalam kalangan rakyat Malaysia dan antarabangsa.

 

Putrajaya, 1 Mac 2024 - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menerima kunjungan daripada En. Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS pada 1 Mac 2024.

Antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan bagi meningkatkan pengertian demokrasi kepada golongan belia melalui pengisian dalam program Sekolah Rukun Negara KBS dan Rakan Demokrasi bagi memangkin perpaduan dan semangat ukhuwah di kalangan belia Malaysia. 

Pusat KOMAS turut diwakili oleh Pengarah Program Dr. Ryan Yumin Chua serta ahli-ahli Pusat KOMAS. Manakala KBS dihadiri oleh YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) Jabatan Belia dan Sukan serta Pegawai-pegawai Kanan KBS.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Bukit Jalil, 29 Februari 2024 -YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan Seminar Kod Sukan Selamat: Antigangguan Seksual Dalam Sukan.

Seminar anjuran Institut Sukan Negara dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) bertujuan meningkatkan meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] dalam kalangan masyarakat  terutama dalam komuniti sukan.

Dalam usaha mewujudkan persekitaran sukan yang selamat juga, KBS telah melancarkan Kod Sukan Selamat pada tahun lepas yang mana kod tersebut turut menyokong Akta Antigangguan Seksual [Akta 840]. 

Kod ini merupakan garis panduan dan rujukan kepada semua komuniti sukan mengenai skop sukan selamat dan tanggungjawab komuniti sukan secara jelas dan menyeluruh.  

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kuala Lumpur, 27 Februari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Salah bin Mohammed Al-Sorour, Duta Negara Qatar ke Malaysia di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Antara perkara yang telah dibincangkan ialah pengurusan Hari Sukan Negara Qatar, kepakaran sains sukan bagi kedua-dua buah negara di samping meneroka kerjasama baharu dalam bidang belia dan sukan.  

Kunjungan hormat ini secara langsung telah meningkatkan hubungan baik Malaysia dan Qatar. 

Turut hadir bersama ialah YBrs. Pn. Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS dan Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa.

#TeamKBS  #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Putrajaya, 26 Februari 2024 - 

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Menteri/ Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Bil. 1/ 2024 pada 26 Februari 2024 bertempat di Menara KBS. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mengukuh dan memupuk kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Neger dalam pembangunan belia dan sukan serta membincangkan isu-isu semasa dan langkah penelesaian mengenai belia dan sukan di peringkat akar umbi.

Mesyuarat pada kali ini antara lain membincangkan perkara-perkara berikut:

(i) cadangan naiktaraf stadium utama di sema neger, memandangkan Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan bantuan geran sebanyak RM500 ribu untuk naiktaraf stadium sebagai persediaan kejohanan Liga Malaysia. Kerajaan Neger yang telah bersetuju, perlu memberi komitmen bagi beberapa perkara seperti berikut:

a) menentukan lokasi stadium yang dipersetujui ole Kerajaan Negeri setelah mendapat pandangan Malaysian Football League (MFL);

b) peruntukan RM 300,000.00 untuk naiktaraf sistem saliran padang serta menggunakan khidmat kontraktor yang berwibawa dan sesuai dengan standard yang digariskan ole MFL;

c) peruntukan RM 200,000.00 digunakan untuk naiktaraf padang dengan menukar rumput kepada jenis rumput bilah halus (fine-blade grass).

Obiektif utama bantuan in disediakan adalah supaya padang bola sepak berada dalam keadaan baik seperti tada air bertakung atau banjir semasa Liga Malaysia berlangsung;

(ii) bagi membantu para penggiat industri sukan terutama dalam mengurangkan kos operasi yang dilanggung, dicadangkan supaya Kerajaan Negeri untuk berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing bagi melihat semula kadar bayaran lesen yang dikenakan untuk premis-premis berkaitan sukan terutamanya gimnasium dan pusat snuker;

(iii) pindaan kandungan Kod Sukan Selamat dengan memasukkan elemen baharu iaitu larangan merokok termasuk rokok elektronik (vape) semasa penganjuran atau menjalankan aktiviti sukan. Individu atau organisasi yang terlibat dalam perniagaan berkaitan produk rokok elektronik (vape) tidak dibenarkan untuk menganjur, menaja, mempromosi, mengiklan, menjual, member sebagai hadiah atau meletakkan cap dagangan dalam apa-apa penganjuran tau menjalankan aktiviti sukan dan belia;

(iv) keriasama Kerajaan Negeri bagi menjayakan program Rakan Muda di peringkat neger menerusi pelaksanaan program 10 Gaya Hidup, penggunaan fasiliti, penggunaan logo Rakan Muda, penyediaan dana dan pelaporan.


KBS turut memaklumkan bahawa setiap inisiatif/ program/ aktiviti yang sedang/ akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian memerlukan keriasama dan sokongan daripada pihak Kerajaan Neger dalam memastikan setiap objektif yang ditetapkan tercapai melalui penglibatan semua pemegang taruh berkaitan belia dan sukan khususnya di peringkat akar umbi.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
27 FEBRUARI 2024

Please publish modules in offcanvas position.