Kuala Selangor, Selangor, 23 Februari 2024 - Program MADANI Rakyat Zon Tengah membuka tirainya pada 23 Februari bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

KBS juga turut sama memeriahkan program ini dengan membawakan pelbagai perkhidmatan khas buat pengunjung seperti konsultasi program belia dan sukan, pendaftaran rakan muda, perkhidmatan terapi sukan dan banyak lagi.

Jom datang ke reruai KBS di Program MADANI Rakyat yang berlangsung pada 23 hingga 25 Februari 2024.

#TeamKBS #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kuala Lumpur, 22 Februari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Siri Golf Amatur Kebangsaan Perodua (PNAGS).

Saingan PNAGS 2024 yang memasuki edisi keempat ini akan menjelajah ke 14 buah negeri bagi pusingan kelayakan bermula di The Mines Resort and Golf Club pada 29 Feb dan pusingan terakhir di Shan Shui Golf & Country Club, Tawau pada 17 Ogos. 

Kemuncak pertandingan bagi peringkat kebangsaan akan diadakan di Forest City Golf Resort, Johor pada 8 hingga 10 September.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Putrajaya, 20 Februari 2024 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, KBS telah mengetuai pertemuan dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang diketuai oleh Encik Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyCC di Menara KBS. 

Beberapa perkara telah dibincangkan temasuk taklimat berkenaan peranan MyCC dalam menentang tipuan bida dalam perolehan awam dan jalinan kerjasama strategik antara KBS dan MyCC dalam masa terdekat bagi memantapkan tatakelola urus tadbir kerajaan. 

Pertemuan ini turut dihadiri oleh beberapa orang Pegawai Kanan KBS dan MyCC. Semoga pertemuan ini akan terus memperkasakan usaha KBS dalam mengukuhkan tatakelola dan urus tadbir kerajaan yang dengan lebih efisien.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

19 Februari 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Kem Muzik Rakan Muda @ Kuala Lumpur.

Kem yang berlangsung pada 19 hingga 23 Februari ini melibatkan seramai 63 orang peserta yang telah dipilih menerusi sesi uji bakat yang diadakan pada bulan Januari yang lalu.

Kemuncak kem muzk ini adalah Konsert Rakan Muda @ Kuala Lumpur 2024 yang dijadualkan akan berlangsung pada 24 Feberuari 2024.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Ayer Keroh, Melaka, 17 Februari 2024 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) bertempat di Melaka Mall, Ayer Keroh.

Kembara JOM diadakan sebagai platform pemegang taruh belia menyalurkan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.

Maklum balas tersebut akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].

Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan serta banyak lagi.

Penutup program telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.