Putrajaya, 8 Februari 2024 - Majlis Menandatangani Protocol to Amend the Host Country Agreement between the Government of Malaysia and the Badminton World Federation telah dilaksanakan di Menara KBS Putrajaya. 

Dokumen perjanjian ini telah dimeterai oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dan Mr. Poul-Erik Høyer Larsen, Presiden Badminton World Federation (BWF) yang disaksikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. 

Pelanjutan tempoh perjanjian ini adalah amat penting bagi memastikan kelangsungan operasi BWF di Malaysia yang turut sama memberikan manfaat kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) khususnya dalam usaha pembangunan bakat baharu, pembangunan kapasiti jurulatih dan kepakaran teknikal sukan ini dan juga penganjuran kejohanan badminton utama dunia.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kuala Lumpur, 7 Februari 2024 -  YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menghadiri Majlis Resepsi Sambutan Hari Kemerdekaan Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka yang ke-76 di Ritz Carlton Hotel, Kuala Lumpur. 

YB Menteri telah diiringi oleh TYT Ketua Marsyal Udara (B) Sumanagala Dias, Pesuruhajaya Tinggi Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka ke Malaysia bagi upacara ucap selamat dan seterusnya merasmikan sambutan berkenaan. 

Kehadiran YB Menteri ke sambutan ini secara tidak langsung meningkatkan lagi hubungan baik Malaysia dan Sri Lanka.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz serta beberapa dif-dif kehormat daripada kedutaan dan kementerian lain.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kuala Lumpur, 6 Februari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadri menyampaikan ucaptama di Women and Girls in Sports Forum di Kuala Lumpur.

Bertemakan Unleashing Potential, Defying Limits’, forum ini disertai seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai pemegang taruh termasuk legenda sukan tempatan, pakar industri, perwakilan daripada persatuan sukan kebangsaan, wakil daripada agensi sukan kerajaan dan institusi pendidikan, profesional media sukan, atlet muda dan ramai lagi.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Putrajaya, 6 Februari 2024 - Bertempat di Menara KBS, Putrajaya telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan Kelab Team KBS 2023.

Antara acara yang dipertandingkan sepanjang kejohanan berlangsung iaitu ping pong, karom, dart, congkak, futsal, bola jaring, bola tampar dan boling yang disertai oleh warga kerja KBS.

Tahniah dan syabas kepada para pemenang.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Bukit Jalil, 6 Februari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd pada 6 Februari 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil. 

F&N Beverages Marketing bersetuju untuk menyambung ikatan penajaan bersama MSN bagi tempoh 5 tahun akan datang. Penajaan kali ini juga menyaksikan MSN menikmati pakej penajaan berjumlah RM 4 juta. 

Turut hadir sama, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBhg. Dato’ Raffiq Md Ariff, Pengarah Urusan Makanan dan Penglibatan Industri, Fraser & Neave Holdings Bhd.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.