KLIA, 2 Februari 2024 -  YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyambut ketibaan Skuad Hoki 5s Lelaki Kebangsaan di KLIA selepas menamatkan kempen Kejohanan FIH Hoki 5s Piala Dunia 2024 di Oman.

Skuad Hoki 5s Lelaki Kebangsaan mencipta sejarah di Muscat, Oman dengan merangkul naib juara di edisi sulung penganjuran kejohanan tersebut.

Tahniah dan syabas buat pasukan hoki Malaysia.

#TeamKBS  #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Putrajaya, 1 Februari 2024 - Sesi Ramah Mesra Bersama Atlet yang dibawakan oleh KBS memeriahkan suasana Putrajaya Open Day (POD) 2024.

Sesi ramah mesra bersama atlet membariskan Datuk Shalin Zulkifli (Lagenda Tenpin Boling Negara), Umar Osman (Atlet Olahraga) dan Alia Sazana Azhari (Atlet Menembak).

Para pengunjung tidak melepaskan peluang beramah mesra dan merakamkan gambar bersama atlet yang hadir.

POD membuka tirainya hari ini akan berlangsung sehingga 4 Februari 2024 bertempat di Putrajaya. Jom datang dan singgah di reruai KBS. Pelbagai perkhidmatan menarik menanti anda.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Putrajaya, 1 Februari 2024 - Putrajaya Open Day (POD) membuka tirainya hari ini bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang di sambut pada 1 Februari setiap tahun.

KBS juga turut sama memeriahkan POD dengan membawakan pelbagai perkhidmatan khas buat pengunjung seperti konsultasi program belia dan sukan, pendaftaran rakan muda, perkhidmatan terapi sukan dan banyak lagi.

Jom datang ke reruai KBS di POD yang berlangsung pada 1 hingga 4 Februari 2024.

#TeamKBS #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Puchong, 27 Januari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan turun padang bersama-sama Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) menjalankan usaha khidmat komuniti di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong.

Khidmat komuniti ini dijalankan di bawah inisiatif gaya hidup Rakan Prihatin - platform menanamkan rasa simpati dan empati menerusi pembudayaan nilai kesukarelawanan dan kemasyarakatan (rentas generasi - inter generation).

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

KLIA, 26 Januari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di KLIA bagi menyambut kepulangan pasukan Harimau Malaya selepas menamatkan kempen Piala Asia 2023 di Qatar.

Ratusan penyokong Harimau Malaya juga turut sama hadir menymabut kepulangan skuad  kendalian Kim Pan Gon itu.

YB Menteri juga turut menyerahkan replika cek sumbangan RM5 juta daripada Kerajaan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi tujuan menjalankan aktiviti dan program tahun 2024 yang disampaikan kepada Timbalan Presiden FAM, Dato' S. Sivasundaram.

Tewas dua perlawanan awal Kumpulan E kepada Jordan (4-0) dan Bahrain (1-0), skuad Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan ranking ke-23 dunia, Republik Korea 3-3.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.