3 April 2026, Kuantan, Pahang - YB Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari hadir ke Himpunan Anak Pahang MADANI 2026.

Himpunan yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini menghimpunkan golongan belia, persatuan belia, usahawan muda serta komuniti setempat dalam satu platform pembangunan belia yang inklusif, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Penganjuran ini memperkukuh pembangunan belia secara menyeluruh — merangkumi kepimpinan, keusahawanan dan kesukarelawanan — di samping memupuk perpaduan serta semangat patriotisme generasi muda.

Turut hadir Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

3 April 2026, Kuantan, Pahang - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS mengadakan lawatan kerja ke Projek Naik Taraf dan Pembinaan Baru Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang di Kuantan.

Kompleks ini dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, dewan, auditorium, padang bola & trek balapan, astaka, gelanggang sukan pelbagai guna/futsal, asrama, gimnasium, skate park, wall climbing, gelanggang petanque dan kios.

Kompleks ini mencerminkan komitmen KBS dalam menyediakan fasiliti sukan dan rekreasi yang selesa, moden dan mesra belia, sebagai platform untuk generasi muda aktif, sihat dan terlibat secara positif dalam komuniti.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

2 April 2026, Puchong - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS, telah mengadakan lawatan kerja ke Impact Integrated.

Sesi libat urus ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan peranan, fungsi serta hala tuju Impact dalam memperkasa pembangunan belia dan industri sukan elektronik.

Dalam sesi tersebut, YBrs. Encik Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Impact, telah menyampaikan taklimat serta berkongsi perkembangan semasa pengoperasian organisasi berkenaan.

Lawatan kerja ini turut disertai oleh wakil Jabatan Belia dan Sukan Negara sebagai usaha memperkukuh inisiatif Rakan Muda menerusi pelaksanaan program kerjasama antara agensi.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

1 April 2026, Bukit Jalil - YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, menyempurnakan Majlis Pelancaran Netball Super League (NSL) 2026 di Astro, Bukit Jalil.

Penganjuran NSL 2026 terus memperkukuh peranannya sebagai platform penting dalam memperkasa penglibatan wanita dalam sukan, memacu pembangunan bakat, serta mengangkat martabat bola jaring Malaysia ke tahap yang lebih gemilang di peringkat serantau dan antarabangsa.

KBS kekal komited dalam memperkukuh ekosistem pembangunan sukan negara melalui sokongan berterusan terhadap penganjuran liga kompetitif seperti NSL, sejajar dengan usaha melahirkan atlet berprestasi tinggi dan memperluas penyertaan akar umbi secara inklusif.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #RancakkanMADANI

1 April 2026, Sepang, Selangor - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan lawatan kerja ke Sepang International Circuit (SIC).

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada sesi libat urus bersama agensi di bawah KBS, susulan pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha KBS yang baharu. 

Lawatan kerja ini juga bertujuan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai peranan, operasi serta hala tuju SIC dalam memperkasa pembangunan industri sukan permotoran negara.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.