Bukit Jalil, 20 Januari 2024 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan turun padang menyaksikan Skrin Besar Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil.

Saingan Piala Asia 2023 diteruskan dengan perlawanan Malaysia menentang Bahrain dengan berkesudahan skuad Harimau Malaya tewas 1-0.

Pasukan negara akan meneruskan saingan bagi kumpulan E dengan menentang Korea Selatan pada Khamis, 25 Januari 2024, jam 7.30 malam (waktu Malaysia).

Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

Jumpa anda semua di Skrin Besar yang seterusnya bagi menyaksikan perlawanan Piala Asia 2023 pada 25 Januari 2024.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Putrajaya, 19 Januari 2024 - KBS sentiasa komited memperkasakan pembangunan belia dan sukan terutamanya menerusi penganjuran program dan aktiviti pembangunan belia dan sukan. Usaha ini memerlukan penglibatan semua pemegang taruh berkaitan seperti badan sukan, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan entiti swasta/ korporat secara inklusif.

Komitmen ini turut merangkumi penyertaan atlet yang mewakili Malaysia ke kejohanan-kejohanan sukan bertaraf antarabangsa yang akan memberikan impak kepada negara.

Sehubungan itu, KBS ingin menyediakan ekosistem yang boleh mendayaupayakan penglibatan pemegang taruh. Justeru, KBS pada tahun 2024 telah menyediakan beberapa dana, untuk diakses oleh pemegang taruh demi kemajuan dan pembangunan belia dan sukan, seperti berikut:

Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN)
Geran Padanan Sukan (GPS)
Dana Sukan Komuniti (DSK)
Dana Bantuan (Pembangunan Belia) KBS

Penyediaan geran/ dana ini juga akan memperkasakan industri sukan melalui penganjuran program-program sukan dan membantu memulihkan ekonomi sektor ini yang telah terkesan akibat wabak COVID-19. Permohonan bagi dana-dana di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat. 

Penganjuran aktiviti berkaitan pembangunan sukan adalah berdasarkan kepada jenis sukan yang tersenarai di dalam Perintah Pembangunan Sukan (Pindaan Jadual Pertama) 2023, Akta Pembangunan Sukan 1997 yang boleh dimuat turun dari laman web KBS.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang KBS (https://www.kbs.gov.my/home) bagi memohon secara dalam talian dan mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

Diharapkan inisiatif ini menyemarakkan lagi hasrat memperkasakan pembangunan belia dan sukan di Malaysia selaras dengan aspirasi digariskan di bawah MPBM 2030 dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) seiring dengan kerangka Malaysia MADANI.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Kuala Lumpur, 18 Januari 2024 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS mengadakan lawatan kerja ke Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur.

Dalam sesi lawatan ini YBhg. Ts. Dr. KSU telah diberi taklimat berkenaan sejarah dan objektif Persatuan Chin Woo. 

Selain itu juga lawatan ini turut memfokuskan kepada potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan antara KBS dengan Persatuan Chin Woo serta fasiliti-fasiliti yang boleh digunakan oleh KBS bagi tujuan pembangunan belia dan sukan.

Sesi lawatan turut disertai oleh Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

 

Putrajaya, 16 Januari 2024 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Perhimpunan KBS Bulan Januari 2024.

YB Menteri dalam amanatnya menekankan agar semua warga KBS sentiasa mendengar dan terbuka menerima pandangan  untuk sentiasa menambah baik cara bekerja bagi mewujudkan persekitaran yang sihat.

Beliau juga turut mahu semua kakitangan KBS sentiasa menerapkan enam teras gagasan Malaysia MADANI dalam urusan kerja seharian.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan pengurusan tertinggi KBS.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Putrajaya, 16 Januari 2024 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan Skrin Besar Piala Asia 2023 di Dataran Putrajaya, Persint 3.

Saingan Piala Asia AFC 2023 membuka tirai bagi Malaysia apabila bertemu Jordan dengan perlawanan berkesudahan Malaysia tewas dengan jaringan 0-4.

Pasukan negara akan meneruskan saingan bagi kumpulan E dengan menentang Bahrain pada Sabtu, 20 Januari 2024, jam 10.30 malam (waktu Malaysia)

Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang turut hadir memberikan sokongan menerusi Skrin Besar anjuran KBS.
Jumpa anda semua di Skrin Besar yang seterusnya bagi menyaksikan perlawanan Piala Asia 2023.

Please publish modules in offcanvas position.