Bukit Jalil, 11 Januari 2024 - Bertempat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil telah berlangsungnya Majlis Amanat YB Menteri Belia dan Sukan bersama atlet, jurulatih dan pemegang taruh sukan.

Antara perkara yang disentuh oleh YB Hannah Yeoh dalam amanatnya adalah pencapaian dan inisiatif sukan telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2023. 

Kejayaan atlet negara mencapai sasaran pingat di Sukan Asia dan Sukan Para Asia di Hangzhou, penubuhan Jawatankuasa Road To Gold (RTG), Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Pembangunan Sukan (HLC), Peningkatan dari 51 jenis sukan kepada 103 jenis sukan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 dan sebagainya merupakan antara pencapaian dan inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun lepas.

Dalam majlis yang sama juga YB Menteri turut memaklumkan atlet di bawah Program Podium akan menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bayaran elaun bulanan atlet yang kini ditukar kepada gaji dinaikkan daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan.

Semoga tahun 2024 akan menjadi platform terbaik bagi semua pemegang taruh sukan untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang #DemiMalaysia .

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Bukit Jalil, 8 Januari 2024 - KBS dan Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang komited bantu penempatan baru Qabil Irfan untuk latihan dan bimbingan yang lebih komprehensif.

Pada tahun 2024, Qabil Irfan Azlan akan diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam Program Pembangunan Sukan Permotoran yang dikelolakan oleh Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang dan bakal bertanding dalam kejohanan FIM Mini GP Malaysia Series 190cc dan Moto4 di kejohanan ESBK di Sepanyol. Beliau akan menjalani sesi latihan bersama-sama lima (5) atlet lain yang akan berlumba dalam kejohanan di peringkat asia dan antarabangsa. Sebagai usaha bagi memudahkan dalam pengurusan latihan yang berkala yang harus dijalani oleh beliau di bawah bimbingan En Zulfahmi Khairuddin, Qabil Irfan akan mula menetap dan bersekolah di negeri Selangor. Keluarga Qabil Irfan akan turut berpindah untuk memberi sokongan penuh terhadap pembangunan karier sebagai seorang pelumba motosikal.
 
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama pihak Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang akan membantu penempatan baru Qabil Irfan dan keluarganya di Selangor dengan menguruskan pemindahan sekolah untuk adik-beradik dan mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian buat ayah Qabil Irfan. Pemindahan Qabil Irfan ke Selangor bertujuan untuk memastikan beliau menerima pendedahan, bimbingan dan latihan yang komprehensif dengan menggunakan Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang dan fasiliti sekitarnya sebagai pusat latihan.

Pengumuman Penambahan dan Pertukaran Lokasi Tayangan Skrin Besar Piala Asia 2023!
 
Demi keselesaan dan menyemarakkan lagi sokongan buat Harimau Malaya, kini TAYANGAN SKRIN BESAR akan diadakan di seluruh negara bagi semua perlawanan melibatkan pasukan Malaysia! 
 
Jom semua Ekor Harimau Malaya turun padang menyokong perjuangan pasukan bola sepak negara di lokasi berdekatan anda! 
 
Masuk percuma dan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik juga menanti anda! 

📢PROGRAM STAR@U: MYFUTURE YOUTH PLUS 2024 📢

Minat dalam Bidang Kemahiran?
Jom sertai Program STAR@U: MyFuture Youth Plus 

Program ini memberi peluang dan alternatif kepada belia berisiko bagi mendapatkan latihan kemahiran secara modular menerusi kursus jangka pendek, penggunaan kemudahan-kemudahan sedia ada dan kepakaran tenaga pengajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sekali gus mempromosikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sekaligus membantu memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan.

✅ Terbuka kepada belia berumur 15-30 tahun
✅  Belia Berisiko
✅  Pendaftaran PERCUMA

Jom daftar sekarang ‼️
https://forms.gle/h9zQACF591q3V2rk9   

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS. Profesional Terunggul.

#ILKBS
#TeamKBS
#TVET
#Star@UMyFutureYouthPlus

Please publish modules in offcanvas position.