15 Disember 2023, Tokyo - Anti-Doping Agency (JADA) telah menganjurkan Seminar International Anti-Doping Seminar In Asia & Oceania 2023 pada 11-14 Disember 2023 di Tokyo, Japan.

Seminar pada tahun ini memberi fokus kepada Kod Pematuhan dan Pendidikan Anti-Doping dengan menyasarkan penyertaan dalam kalangan Ketua-ketua National Anti-Doping Organization (NADO) atau pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam bidang-bidang yang dinyatakan. Selain itu, para peserta juga berpeluang berkongsi maklumat, bertukar-tukar pengalaman, amalan-amalan terbaik dalam menerajui dan mengekalkan integriti dalam sukan melalui persekitaran bebas daripada penyalahgunaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah terlarang dalam sukan.

Seminar ini telah dihadiri oleh Puan Azura binti Abidin (Pengarah Anti-Doping Malaysia)

#wada#wadacommunity#teamadamas#antidopingmalaysia#searado#beclean#behealthy#beproud

18 Disember 2023, Alor Setar - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyempurnakan penyerahan peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan peralatan sukan kepada Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah.

Berlangsung di SM Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI) sejumlah RM47,000 menerusi DSK telah diserahkan okeh YB Menteri kepada Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah bagi melaksanakan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah.

DSK disediakan oleh Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan pembudayaan sukan kepada semua peringkat masyarakat selain pemupukan gaya hidup aktif kepada komuniti setempat.

Disamping itu juga, sebanyak RM50,000 juga telah diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah bagi tujuan pembelian peralatan sukan dan aktiviti pembangunan sukan di peringkat sekolah seperti kursus kejurulatihan, kursus asas sukan permainan dan keperluan berkaitan.

Pastinya inisiatif ini akan dapat mencungkil bakat baharu dalam sukan bermula daripada peringkat akar umbi lagi.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

18 Disember 2023, Alor Setar - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan majlis penyerahan Pusat Latihan Skuasy Negeri Kedah yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Pusat Latihan Skuasy Negeri Kedah ini diserahkan oleh YB Menteri kepada YB Tuan Haji Muhammad Radhi Mat Din, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah mewakili YAB Menteri Besar Negeri Kedah.

Pembinaan pusat tersebut yang membabitkan kos sebanyak RM10.8 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Ke-12, siap sepenuhnya pada 20 Ogos 2023 dan dilengkapi kemudahan gelanggang yang berhawa dingin, astaka penonton, bilik persalinan, surau, bilik jurulatih, bilik teknikal dan bilik sokongan.

Denga adanya pusat latihan skuasy ini mampu menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih ramai lagi atlet dari Negeri Kedah seperti Sivasangari Subramaniam, Aira & Aifa Azman yang pastinya mampu mengahrumkan nama Malaysia di pentas sukan antarabangsa.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

17 Disember 2023, Kuala Lumpur - Dari pentas M5 World Championship Grand Finals yang berlangsung di Rizal Memorial Coliseum, Manila, Filipina pada hari ini, KBS dengan bangganya mengumumkan Malaysia sebagai tuan rumah M6 World Championship 2024.  Ini menandakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan tersebut, berikutan kejayaan penganjuran M1 pada tahun 2019.  

Terima kasih kepada @mplmy.official atas peluang untuk membuat pengumuman ini secara langsung dari Pentas M5. Turut hadir bersama-sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

M6, kita jumpa di Malaysia!

#ESI #EsportsIntegrated #TeamKBS #M6 #MLBB

16 Disember 2023, Melaka - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menyempurnakan perasmian Kejohanan Kabaddi Remaja Bawah 21 Kebangsaan 2023.

Program anjuran Persatuan Kabaddi Malaysia telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh Melaka yang melibatkan seramai 250 orang yang merangkumi atlit serta jurulatih dari 9 negeri seluruh Malaysia.

Semasa memberi ucapan perasmian, YBhg. Ts. Dr. KSU berterima kasih kepada Persatuan Kabadi Kebangsaan atas penganjuran kejohanan ini yang telah melihat penyertaan pelbagai kaum. 

Beliau juga memaklumkan Sukan Kabadi akan dipertandingkan di SUKMA 2024. Beliau turut berkongsi beberapa usaha kerajaan untuk memangkinkan pembangunan dan industri sukan dalam belanjawan 2024. 

Beliau berharap usaha sebegini bukan sahaja menyokong Visi Sukan Negara 2030 tetapi juga menyemarakkan semangat perpaduan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.