9 Disember 2023, KLIA - Seramai 10 delegasi Malaysia terdiri daripada pelajar-pelajar universiti berlepas ke Tokyo, Jepun bagi menyertai program Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths (JENESYS2023) anjuran Kerajaan Jepun melalui Japan International Cooperation Center (JICE). Program ini telah diselaraskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia selaku rakan kerjasama strategik.

Program ini bertujuan menggalakkan persefahaman di kalangan rakyat antara negara Jepun dan rantau Asia-Pasifik di samping membina jaringan perhubungan serta kerjasama masa depan. 

Program ini juga menggalakkan pemahaman mengenai ekonomi, masyarakat, sejarah, budaya politik dan hubungan diplomatik Jepun. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta yang terlibat.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

9 Disember 2023, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

YB Menteri meluangkan masa menyantuni agensi-agensi di bawah KBS yang membawakan perkhidmatan rakyat kepada para pengunjung selama tiga hari sambutan berlangsung bermula pada 8 hingga 10 Disember 2023.

Pelbagai akviti menarik anjuran KBS berlangsung hari ini seperti Inspirasi Bersama Atlet, Larian Ria MADANI, E-sports, khidmat terapi sukan, Pentas Rakan Muda dan banyak lagi.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

7 Disember 2023, Bukit Jalil - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahun 2023 bertempat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

ARPRM dilaksanakan oleh KBS dengan kerjasama Badan Operasi iaitu persatuan belia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain organisasi.

Selain itu, ARPRM juga merupakan sebuah program ikonik bertaraf antarabangsa yang mengguna pakai model The Duke of Edinburgh’s International Award khas untuk belia berusia antara 14 hingga 25 tahun.

Seramai 106 orang peserta dan 27 Badan Operasi telah menerima tauliah tahap Emas dan penghargaan pada majlis kali ini.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian “Reward Award Leader MPE 2023” kepada 10 Badan Operasi atas pencapaian melahirkan penerima pentauliahan tahap Emas secara konsisten bagi tiga (3) tahun berturut-turut.

Turut hadir, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

5 Disember 2023, Bukit Jalil - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Hoki Piala Dunia Remaja (JWC) 2023 antara Malaysia dan Chile di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Perlawanan menyaksikan pasukan Malaysia berjaya menundukkan Chile dengan jaringan 7 - 1. 

JWC merupakan kejohanan dwitahunan bagi pemain hoki berusia 21 tahun ke bawah dan pada edisi kali ini, 16 pasukan mengambil bahagian.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

KLIA, 2 Disember 2023 - Kontinjen Malaysia ke Pertandingan WorldSkills Asia, Abu Dhabi 2023 telah disambut oleh YB  Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia dan YBrs Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS di Balai Ketibaan KLIA.

Puan Ramona turut menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua wakil ILKBS yang berjaya memenangi pingat emas dan perak di Pertandingan WorldSkills Asia, Abu Dhabi 2023 sejurus keluar dari Balai Ketibaan. 

Malaysia mengakhiri saingan di Abu Dhabi dengan mengumpul 3 pingat merangkumi 1 pingat emas, 1 perak, 1 gangsa dan 2 medallion.

Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini tanpa kesungguhan dan kesabaran. Satu pencapaian yang membanggakan buat Malaysia. Buat jurulatih dan pakar negara, kalian dapat buktikan kemampuan pelajar ILKBS dan bidang TVET mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung  sepanjang perjalanan "GO FOR GOLD".

Please publish modules in offcanvas position.