Kuala Lumpur, 24 November 2023 - YBhg. Ts Dr Nagulendaran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuat satu kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Sesi kunjungan hormat ini telah diadakan pada 24 November 2023 bertempat di pejabat YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Presiden MOM dan disambut dengan penuh mesra oleh beliau.
 
Antara intipati kunjungan ini adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama dalam memperkasakan pembangunan sukan tanah air. KBS dan MOM sentiasa komited dan terbuka dalam sebarang aspek demi kelangsungan serta kemajuan sukan negara. Pastinya kunjungan hormat ini akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara KBS dan MOM. Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Abdul Rashid bin Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara.
 
Majulah sukan untuk negara.
 
 

Putrajaya, 27 November 2023 - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli menyempurnakan Majlis Malam Finale kontinjen Malaysia ke Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di Menara KBS.

Berlangsung di Tokyo dengan membawa tema “What Youth Can Do in the New Era of Cooperation Towards the 50th of ASEAN - Japan Friendship and Cooperation”, program akan berjalan bermula 29 November hingga 8 Disember 2023.

Kontinjen Malaysia dianggotai seramai 11 orang belia yang diketuai oleh “national leader”, saudari Nurul Afifa Sofina Azmi.

Hadir sama Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kuala Lumpur, 27 November 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan pelepasan pasukan profesional Mobile Legends: Bang Bang untuk bertanding di Kejohanan Dunia M5 di Dewan Serbaguna Parlimen Malaysia.

Team SMG dan HomeBois akan bersaing di Kejohanan Dunia M5 yang akan berlangsung di Manila, Filipina. 

Kedua-dua pasukan Malaysia ini akan bersaing dengan empat belas pasukan antarabangsa lain untuk mendapatkan sebahagian besar daripada hadiah wang tunai sebanyak USD 900,000.00, serta merangkul gelaran pasukan Mobile Legends: Bang Bang terbaik di dunia.

Tahniah kepada pasukan Homebois dan Team SMG kerana berjaya menempatkan diri ke Kejohanan M5.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Pulau Pinang, 22 November 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Belia dan Sukan serta Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang di Batu Uban.

Beliau telah disambut oleh Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. YBhg. Ts. Dr. telah diberi taklimat tentang program tahunan, pengurusan dan projek pembangunan di JBSN dan KOMBES Pulau Pinang.

Susulan itu, satu sesi perjumpaan dan amanat bersama kakitangan diadakan sebelum meninjau projek pembangunan di kompleks tersebut.

4 -26 November 2023, Port Dickson  – BENGKEL PEMBANGUNAN DRAF PERUNTUKAN BAHARU ANTI-DOPING DAN INTEGRITI SUKAN KE DALAM PINDAAN AKTA PEMBANGUNAN SUKAN AKTA 1997 (AKTA 576) SIRI II

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah melaksanakan satu  Bengkel Pembangunan Draf Peruntukan Baharu Anti-Doping dan Integriti Sukan ke dalam Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) siri II  untuk mendapatkan input dan maklum balas berkaitan anti-doping dan integriti sukan yang akan diselaraskan ke dalam pindaan Akta 576. Pelaksanaan bengkel tersebut telah melibatkan wakil dalam kalangan pemegang taruh utama dan golongan pakar rujuk dalam kedua-dua bidang berkaitan integriti sukan dan anti-doping.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi memberi pandangan beserta cadangan.

 

#BECLEAN #BEHEALTHY #BEPROUD #WAD #SEARADO #WINCLEAN #CLEANSPORT #TEAMKBS #ADAMASMALAYSIA

Please publish modules in offcanvas position.