22 November 2023 - Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah memenuhi jemputan Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) sebagai wakil alumni ke Sesi Kedua, Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia ke-61 pada 22 November 2023.

Sesi yang telah dimasyhurkan oleh Pro Cancelor, YBhg. Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan telah memperlihatkan graduan Doktor Falsafah, Doktor Kesihatan Awam, Doktor Pendidikan, Doktor Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Reka Bentuk dalam Industri Kreatif. 

YBhg. Ts. Dr. turut mengadakan perbincangan dengan wakil PAUSM untuk usahasama KBS pada masa akan datang.

20 November 2023 - Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mewakili Menteri Belia dan Sukan dalam memenuhi jemputan sebagai panelis dalam Sesi "Voice of the Youth" yang dianjurkan sempena Persidangan Suara ALAM 2023.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk pemerkasaan belia dalam bidang alam sekitar, keterlibatan dalam persidangan antarabangsa dan platform belia untuk mengutarakan pandangan. YBhg. Ts. Dr. turut berkongsi platform dan program KBS seperti Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan Rakan Bumi di bawah Rakan Muda yang diberi Nafas Baharu.
 
Ahli panelis yang turut serta termasuk Cik Nurfatin Hamzah dari Youths United For Earth (YUFE), En. Atteleth Don Peris dari Reef Check Malaysia dan Cik Livashini Sri Visnutharan, peserta Eco-Schools dan pelajar Tingkatan 3 dari SMK Raja Perempuan Ipoh.
 

Kuala Lumpur, 20 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke kejohanan Nicol David Junior Open yang berlangsung di Kompleks Skuasy Jalan Duta.

Pertandingan yang berlangsung bermula pada 20 hingga 24 November 2023 melibatkan sebanyak enam kategori iaitu Perempuan Bawah 9 tahun, Lelaki Bawah 9 tahun, Perempuan Bawah 11 tahun, Lelaki Bawah 11 tahun, Perempuan Bawah 13 tahun dan Lelaki Bawah 13 tahun.

Ini merupakan kejohanan kebangsaan pertama yang dianjurkan oleh Nicol David Organisation dalam usaha untuk terus mempromosi dan meningkatkan penglibatan akar umbi dan penyertaan dalam Skuasy.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kota Damansara, 20 November 2023 -  YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Program Societal-Sci 2023 di Segi University, Kota Damansara.

Program anjuran School of Communication and Creative Design (SOCCD) memberi peluang meraikan kepelbagaian idea anak muda yang menggunakan kekuatan kreativiti dan inovasi dalam mengkekspresikan pandangan mereka menerusi gabungan medium komunikasi digital dan konvensional.

KBS sentiasa memberikan ruang kepada anak muda di negara ini untuk meluahkan pandangan berekspresi secara bertanggungjawab menggunakan kepelbagaian medium yang ada seiring dengan gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi.

Kuching, Sarawak, 19 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan sambutan Football for Good (FFG) bersempena Sukan Perpaduan yang telah diadakan dari 17 hingga 19 November di Kuching, Sarawak. 

Inisiatif sambutan FFG telah dicetuskan semasa Commonwealth Youth Minister Meeting (CYMM) di mana setiap Negara Anggota perlu meraikan sambutan FFG bagi menunjukkan komitmen sebagai sebahagian daripada negara Komanwel selain menuju ke arah usaha membangunkan sektor sukan dalam negara. 

Turut hadir adalah YB Dato Sri Abd Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan dan Menteri Belia & Sukan Sarawak.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.