Putrajaya, 14 November 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dianugerahkan Anugerah Ikon MyProjek di Majlis Anugerah Pembangunan Negara Tahun 2023 bertempat di Putrajaya.

APN 2023 yang julung kali dianjurkan ini, merupakan inisiatif ICU JPM bagi mengiktiraf usaha serta komitmen Kementerian/Jabatan/Agensi dalam melaksanakan projek-projek pembangunan selaras dengan usaha untuk memacu pencapaian Kajian Separuh Penggal (KSP) KRMKe-12 ke arah Mempertingkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam.

APN 2023 merupakan platform bagi perkongsian kejayaan dan amalan pengurusan program/projek terbaik di peringkat kementerian serta agensi Kerajaan, seterusnya boleh dijadikan sebagai penanda aras dalam memastikan impak pelaksanaannya mencapai outcome dan memberi manfaat kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Subang, 14 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan persidangan ASEAN Women in Sports Conference 2023 di Subang Jaya.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 November 2023 membabitkan lebih 260 orang peserta wanita terdiri daripada sektor awam, persatuan sukan kebangsaan, majlis sukan negeri dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Empat fokus utama yang dibincangkan dalam persidangan ini iaitu Coaching, Leadership, Active Lifestyle dan Voice and Visibility.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

12 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2023. Kejohanan turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Kejohanan yang berlangsung bermula pada 10 hingga 12 November menyaksikan Pelumba Ducati Lenovo Team Enea Bastianini berjaya merangkul kemenangan pertamanya musim ini, selepas memenagi perlumbaan PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2023, di sini hari ini.

Bagi Moto3, Collin Veijer dari Liqui Moly Husqvarna Intact GP akhirnya berjaya merangkul kejuaraan Moto3 sulungnya dalam PETRONAS Grand Prix of Malaysia  hari ini.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Subang, 11 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke pelancaran fasa kedua Peta Hala Tuju F:30 FAM bagi tahun 2023-2026 di Hotel Dorsett Grand Subang.

Bersempena pelancaran Pelan Strategik 2 F:30 itu, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah membentangkan rumusan pencapaian yang telah berjaya direkodkan di sepanjang Pelan Strategik 1 iaitu bagi tahun 2019-2022.

Bagi Pelan Strategik 2 F:30 ini, FAM sebagai badan induk bola sepak di Malaysia akan memberi fokus terhadap tiga teras utama iaitu, perkembangan jenama menerusi penajaan dan kolaborasi bersama syarikat swasta, penumbuhan permainan dengan memperluaskan kolam pemain di dalam negara selain memperkuatkan lagi skuad kebangsaan serta memperkasakan organisasi dengan pendekatan inovatif.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Putrajaya, 11 November 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Putrajaya.

APBN merupakan platform bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan pencapaian belia Malaysia yang memberikan impak signifikan kepada pembangunan negara.

APBN pada tahun ini mempertandingkan empat (4) kategori anugerah utama, dua (2) kategori anugerah khas dan lima (5) kategori ikon belia dianugerahkan.

Majlis diserikan dengan kehadiran YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima APBN 2023.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia 

Senarai Penerima Anugerah

Kategori Pertubuhan Belia
🥇 : Persatuan Belia (MBFM) Felda Kerteh 03
🥈 : Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 04
🥉 : Junior Chamber International Malaysia 

Kategori Individu Lelaki
🥇 : Saudara Mohammad Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin
🥈 : Saudara Khairul Azhar bin Kamaruzaman 
🥉 : Saudara Muhammad Shohaimil Haffiz bin Salleh

Kategori Individu Wanita
🥇 : Saudari Debbie Gibson Anak Medan
🥈 : Saudari Khairunnisa binti Abu Samah   
🥉 : Saudari Nur Munirah binti Othman

Kategori Emas Remaja Perdana 
🎖️ : Saudara Dineshkumar A/L Narayanasamy

Kategori Anugerah Khas
🎖️ : Saudari Sivasangari Subramaniam

Kategori Anugerah Khas Inspirasi
🎖️ : Puan Intan Zulaikha binti Jusoh

Kategori Ikon Belia Karismatik
🎖️ : Dr. Muhammad Talhah bin Ajmain @ Jima'ain

Kategori Ikon Belia Reka Tekno
🎖️ : Dr. Alexander Choo Chia Chun

Kategori Ikon Belia Kelestarian Alam
🎖️ : Saudara Muhammad Naili Jazli bin Mohd Jamsari

Kategori Ikon Youth - Biz
🎖️ : Saudara Muhammad Al Ahnaf bin Mohd Roslan

Kategori Ikon Belia OKU
🎖️ : Saudara Mohd Faiz bin Shuhaimi

Please publish modules in offcanvas position.