Putrajaya, 7 November 2023 - Dalam usaha memacu gig sebagai trend pekerjaan global, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu hari ini bertemu tujuh syarikat penyedia platform digital berbincang mengenai hala tuju dan potensi ekonomi gig dalam bidang TVET.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah mempersijilkan pekerja gig dan memperluas penglibatan pelajar TVET dalam sektor baharu tersebut.
“Kami (KBS) sedia menerima dan mempertimbangkan segala bentuk cadangan dan pandangan daripada semua pihak dalam usaha menjadikan ekonomi gig dan TVET ini sebagai pilihan yang menarik dan terbaik untuk golongan muda” kata Nagu dalam ucapanya.
 
Turut hadir Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS, Shahrul Affendi Baharudin.
 
Terima kasih diucapkan kepada Shopee, Troopers, Pcari, Carsome, Food Panda, Bateriku dan Grab!🫡

Putrajaya, 6 November 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Unit Integriti menganjurkan Sambutan Hari Integriti Peringkat KBS 2023 di Putrajaya.

Sambutan yang disempurnakan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS bertujuan untuk memupuk kesedaran dan juga sebagai inisiatif berterusan dalam membudayakan integriti serta memupuk nilai-nilai murni ke arah pemerkasaan agenda integriti dan tatakelola baik di Malaysia.

Antara pengisian Sambutan Hari Integriti Peringkat KBS 2023 seperti Kuliah Integriti, Bicara Integriti serta program integriti yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi KBS.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Kuching, 29 Oktober 2023 - Program Wacana Pemimpin Muda Negeri Sarawak telah diadakan dengan jayanya bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara. Program ini berjaya mengumpulkan sebanyak 314 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia di Sarawak.

Pelbagai pengisian yang bermanfaat serta penuh dengan informasi diadakan pada program ini antaranya sesi perkongsian Jom Masuk Persatuan, Integriti dalam Pertubuhan Belia, Kepimpinan Anak Muda, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan 2019).

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Abd Karim Rahman Hamzah dan turut hadir di program ini adalah Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia, dan Encik Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Selain itu pameran turut diadakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi menyediakan pelbagai program interaktif termasuklah Rakan Muda.

Diharapkan pendekatan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ini mendekati belia-belia terdiri daripada belia IPTA ini dapat menarik minat mereka menjadi ahli persatuan belia dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Kuala Terengganu, 6 Oktober 2023 -  Program Wacana Pemimpin Muda Negeri Terengganu telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Auditorium 1, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Program ini berjaya mengumpulkan sebanyak 411 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia di Terengganu.

Pelbagai pengisian yang bermanfaat serta penuh dengan informasi diadakan pada program ini antaranya sesi perkongsian Jom Masuk Persatuan, Integriti dalam Pertubuhan Belia, Kepimpinan Anak Muda Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan 2019).

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Abdul Hazif bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu dan turut hadir di program ini adalah Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia dan Puan Afifa Sofina binti Azmi, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Sebanyak 42 pertubuhan belia telah menerima Sijil Penarafan Bintang 3,4 dan 5 Bintang bagi tahun
2021 dan 2022.

Bukit Kiara, 5 November 2023 - Johor Jewels sekali lagi mencipta sejarah dengan mengungguli kejuaraan Netball Super League dua kali berturut-turut di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAM Che' Puan Besar Khaleeda selaku Penaung DiRaja Bola Jaring Johor dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Tahniah buat semua peserta!

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.