Bukit Jalil, 30 Oktober 2023 -  YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyampaikan jam tangan pintar yang ditaja oleh Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) kepada pemenang-pemenang pingat temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022.

Seramai 38 orang atlet para yang hadir menerima jam tangan pintar Huawei GT4 sebagai pengiktirafan ke atas pencapaian cemerlang mereka di pertandingan sukan terbesar asia. 

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

KLIA, 29 Oktober 2023 -  Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou 2022 telah disambut oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Isteri kepada YAB Perdana Menteri di Balai Ketibaan KLIA malam tadi. 

Beliau turut menyampaikan plak cenderahati kepada semua 39 atlet yang berjaya memenangi pingat di Sukan Para Asia Hangzhou sejurus keluar dari Balai Ketibaan. 

Malaysia mengakhiri saingan di Hangzhou dengan mengumpul 39 pingat merangkumi 7 pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa, sekali gus melepasi sasaran 35 pingat secara keseluruhan ditetapkan sebelum ini.

Turut hadir sama majlis tersebut,  YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dr. Ts. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS. 

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Serdang, 29 Oktober 2023 -  YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Konvokesyen Institusi Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) Kali Ke-18 Tahun 2023 bagi Sidang Ketiga.

Bertemakan ‘Graduan ILKBS: Menepati Keperluan Industri’ seramai 650 orang graduan ILKBS diraikan dalam sesi ini.

YB Timbalan Menteri juga turut merasmikan Karnival TVET ILKBS 2023 yang bertujuan mempromosikan TVET Malaysia khususnya TVET ILKBS disamping memberi peluang pekerjaan kepada belia melalui kolaborasi strategik Kementerian Belia dan Sukan dengan pihak industri. 

Terdapat lebih 2,000 tawaran jawatan kosong dari 34 industri dalam pelbagai sektor sedia diisi menerusi sesi temu duga terbuka yang berlangsung pada 28 dan 29 Oktober 2023.

#TeamKBS  #MalaysiMADANI  #DemiMalaysia

Serdang, 28 Oktober 2023 -  YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-18 2023.

Bertemakan ‘Graduan ILKBS: Menepati Keperluan Industri’ seramai 3,970 orang graduan telah dilahirkan oleh ILKBS seluruh negara bagi tahun 2023 untuk mengisi keperluan tenaga mahir dan tenaga separuh mahir negara.

KBS akan terus komited memartabatkan bidang TVET bagi memastikan belia kekal berdaya saing, berdaya maju dan menjadi pilihan utama majikan.

#TeamKBS  #MalaysiMADANI  #DemiMalaysia

Putrajaya, 23 Oktober 2023 -  Kunjungan Hormat YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS ke atas YBhg. Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital.

Antara fokus utama yang dibincangkan dalam sesi kunjungan hormat ini berkaitan penambahbaikan program-program belia dan sukan untuk manfaat rakyat Malaysia. 

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.