16 Oktober 2023, Kuala Lumpur – Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS)  telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Draf Peruntukan Baharu Anti-Doping dan Integriti Sukan ke dalam Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) , dimana bengkel ini telah dihadiri oleh wakil dalam kalangan pemegang taruh utama dan golongan pakar rujuk dalam kedua-dua bidang untuk mendapatkan input dan maklum balas serta memastikan elemen perundangan berkaitan anti-doping dan Integriti sukan dapat diselaraskan ke dalam pindaan Akta 576.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi memberi pandangan beserta cadangan. 

#BECLEAN #BEHEALTHY #BEPROUD #WAD #SEARADO #WINCLEAN #CLEANSPORT #TEAMKBS #ADAMASMALAYSIA

Putrajaya, 16 Oktober 2023 -  YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Sanjungan Bakti, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2023.

Majlis ini merupakan penghargaan Kementerian kepada warga KBS yang telah mencurahkan khidmat bakti dan perkhidmatan di Kementerian ini. Seramai 46 orang warga KBS yang bersara pada tahun 2023 diraikan dalam majlis ini.

Terima kasih atas jasa, pengalaman dan dedikasi anda semua dalam menggalas cabaran mengharumkan nama kementerian di dalam dan luar negara.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

KLIA, 16 Oktober 2023 -  YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke majlis pelepasan Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou 2022 di KLIA.

Kontinjen Malaysia yang dibarisi 176 atlet dan pegawai bakal menyertai 14 jenis sukan yang dipertandingkan bagi edisi kali ini akan membuka tirai pada 22 hingga 28 Oktober 2023 dengan sasaran membawa pulang 35 pingat keseluruhan.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT BERJUANG BUAT WIRA DAN WIRAWATI NEGARA 🇲🇾

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Putrajaya, 16 Oktober 2023 -  YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan Majlis Memeterai Perjanjian MoU Penajaan 99 Speed Mart Sdn Bhd dengan Majlis Paralimpik Malaysia Konfederasi Hoki Malaysia.

MoU ini menyaksikan Majlis Paralimpik Malaysia menerima penajaan berjumlah RM750,000 sementara  Konfederasi Hoki Malaysia menerima sejumlah RM1.2 juta

Pastinya penajaan ini memberi suntikan semangat kepada barisan atlet negara yang berjuang membawa nama Malaysia di pentas dunia.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Putrajaya, 14 Oktober 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyampaikan jam tangan pintar yang ditaja oleh Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) kepada pemenang-pemenang pingat temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di IOI City Mall, Putrajaya. 

Seramai 36 orang atlet yang hadir telah menerima jam tangan pintar Huawei GT4 sebagai pengiktirafan ke atas pencapaian cemerlang mereka di pertandingan sukan terbesar asia. 

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.