KLIA, 10 Oktober 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut kepulangan 18 atlet cheerleading di International Cheer Union (ICU) World Cup 2023 di Seoul, Korea Selatan.

Atlet-atlet yang berjuang di bawah nama kumpulan CA Awesome ini telah berjaya memenangi kategori "Youth All Girl Median" dengan mengalahkan kumpulan dari Mexico di peringkat akhir. Dengan berbekalkan latihan kurang daripada 6 bulan, atlet-atlet yang terdiri daripada berbilang kaum ini berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia.

Tahniah diucapkan kepada atlet dan ibu bapa mereka! Tumpuan atlet-atlet cheerleading kini beralih kepada persediaan ICU World Cheerleading Championship yang dijangka berlangsung di Orlando, Amerika Syarikat pada bulan April 2024.

Sambutan kejayaan ini turut dihadiri oleh YBrs. Tn. Hj. Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KBS.

Bukit Jalil, 10 Oktober 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS "turun padang" untuk meninjau penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Pemasangan rumput  dijangka siap sebelum perlawanan pertama Pestabola Merdeka iaitu Malaysia menentang India pada 13 Oktober 2023 (Jumaat). 

Tinjauan ini turut dihadiri oleh YBrs. En. Mohd Faidz bin Sanusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), YBrs. En. Ahmad Faedzal bin Md Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Malaysia (ISN), dan YBrs. Pn. Azura bt Abidin, Pengarah, Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).

KLIA, 9 Oktober 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyambut kepulangan Delegasi Kontinjen Malaysia yang telah tiba di KLIA petang tadi.

Kontinjen Malaysia telah menamatkan edisi kali ini dengan membawa pulang 6 Emas, 8 Perak dan 18 Gangsa dengan kutipan 32 pingat keseluruhan sekaligus menduduki di tangga ke-14 daripada 45 negara yang mengambil bahagian.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADAN

Selangor, 6 Oktober 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan melancarkan Jelajah Fit Malaysia #KomunitiOrangAsli di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Kuala Langat .

Dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia, program ini akan menjelajah ke 9 lokasi di seluruh negara
dengan pelbagai pengisian menarik antaranya:

✅ Larian Santai 3 KM
✅ Sukan Tradisional
✅ Aktiviti Kecergasan
✅ Perkhidmatan TVET 
✅ Konsultasi Kerjaya dan Pendidikan
✅ Pemeriksaan dan Saringan Kesihatan

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Pahang, 5 Oktober 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang hadir menyempurnakan Klinik Bola Sepak di Padang Awam Felda Chemomoi, Pahang.

Klinik bola sepak anjuran bersama Majlis Sukan Negara Malaysia dan National Football Development Programme - NFDP yang disertai hampir 100 orang kanak-kanak ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak asas bermain bola.

Ini merupakan salah satu inisiatif KBS untuk turun ke komuniti bagi mencungkil bakat di peringkat akar umbi.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.