Bukit Jalil, 20 September 2023 – Bengkel Pematuhan dan Tadbir Urus Peringkat KBS telah diadakan dengan penyertaan daripada Ketua Unit Integriti KBS dan pegawai focal integriti jabatan/ agensi di bawah KBS. Bengkel selama dua hari ini telah diadakan dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Penceramah Jemputan adalah pegawai penyiasat daripada SPRM. Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan satu mekanisme terbaik dalam melaksanakan naziran pematuhan dan tadbir urus baik serta meningkatkan pemahaman pegawai focal integriti di dalam organisasi.

Menerusi bengkel tersebut juga, para peserta berpeluang menjayakan simulasi naziran pematuhan bertempat di Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPJS). Outcome yang diharapkan daripada bengkel ini adalah supaya KBS, Jabatan dan agensi sentiasa mengamalkan tadbir urus dan tatakelola yang baik.

 

Melaka, 28 September 2023 -  YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir dan menyampaikan hadiah Peringkat Ke-6 LTdL 2023 di Melaka.

Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn merangkul kemenangan peringkat kali kedua, pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 selepas mengungguli peringkat keenam dari Karak ke Melaka, sejauh 174.5 kilometer (km). De Kleijn turut menyarung Jersi Oren KBS (Raja Pecut).

Jersi Hijau PETRONAS disandang pelumba EF Education-Easypost, Simon Carr dan Jersi Putih Beautiful Terengganu menjadi milik pelumba Astana Qazaqstan Team, Vadim Pronskiy. Manakalah Jersi Polkadot Tourism Malaysia disarung oleh Simon Pellaud .

Perlumbaan Peringkat 7 dijadual berlangsung dari Muar ke Seremban 2 sejauh 123.8km, membabitkan hanya tiga zon pecutan iaitu di Umbai, Cheng dan Linggi.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Putrajaya, 26 September 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menerima kunjungan delegasi dari Lembaga Hasil Dalam Negeri yang diketua oleh Dato' Sri Dr. Mohd Nizom Bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN.

Dalam sesi ini turut membincangkan inisiatif cukai khusus berkaitan dengan sukan.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Puchong, 25 September 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir di Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Sukan Elektronik.

Sesi ini diadakan bagi mendapatkan pandangan dan idea daripada pemegang taruh sukan elektronik tempatan untuk membantu pihak Kementerian dalam merangka pendekatan yang lebih relevan dan terperinci bagi pembangunan sukan elektronik.

Pastinya input yang dikongsikan dapat membantu Kementerian untuk terus memperkasakan struktur dan program-program yang menyokong kepada pembangunan ekosistem sukan elektronik yang lebih rancak, mampan dan inklusif.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Putrajaya, 24 September 2023 -  Persatuan Pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan Malaysia (MYSO) dengan kerjasama Kelab Team KBS telah menghantar pasukan bagi menyertai Kejohanan Perahu Panjang Piala Presiden Perbadanan Putrajaya yang diadakan pada 23-24 September 2023.

Pasukan ini merupakan gabungan pegawai dan kakitangan pelbagai skim perkhidmatan daripada kementerian, jabatan dan agensi di Putrajaya. 

Acara yang disertai :
1. Bot 10 Lelaki Agensi
2. Bot 10 Wanita Agensi
3. Bot 10 Campuran Agensi

Pencapaian keseluruhan Pasukan Perahu Panjang KBS adalah seperti berikut:

1. Bot 10 Lelaki Agensi : Tempat Kelima
2. Bot 10 Wanita Agensi : Tempat Ketiga
3. Bot 10 Campuran Agensi : Tempat Ketiga

KEPUTUSAN KESELURUHAN : Tempat Ketiga

Syabas dan tahniah buat #TeamKBS .

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.