Pagoh, 21 September 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Penutup Kejohanan Sukan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Kali Ke-35 Tahun 2023 di IKTBN, Pagoh, Johor.

Kejohanan ini melibatkan 21 ILKBS seluruh negara dengan penyertaan seramai 897 pelajar membabbitkan lima jenis acara sukan iaitu Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Jaring, Bola Tampar, Futsal dan Badminton Berpasukan.

Kejohanan seperti ini merupakan paltform terbaik untuk meningkatkan penghayatan budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan warga ILKBS. Secara tidak langsung turut mendukung hasrat KBS untuk meningkatkan penyertaan golongan belia dalam Rakan Muda melalui gaya hidup 
Rakan Aktif.

Pastinya kejohan ini juga menjadi medan pencungkilan bakat baharu dalam arena sukan negara.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Bukit Jalil, 20 September 2023 -  YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke sidang media Battleground Malaysia: Road to Gold.

Pertandingan yang merupakan insiatif bersama KBS dan ASTRO ini diperkasakan oleh Rakan Muda menerusi jenama gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.

Inisiatif ini merupakan platform untuk mencungkil bakat belia Malaysia, memperkasakan mereka menerusi peluang, mentor dan latihan yang diberikan oleh ahli profesional yang berkaliber, dengan aspirasi untuk memupuk generasi baharu atlet Malaysia yang akan bersinar di pentas dunia.

Selain itu menerusi pertandingan ini, Kementerian amat komited untuk membantu para penari yang berbakat besar dengan memantapkan kemahiran mereka dalam bidang tarian serta mencungkil ramai lagi bakat yang boleh mewakili Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan tarian termasuk di Sukan Olimpik kelak.

Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202) & SHOWCASE (Saluran 413) setiap hari Jumaat, 10 malam mulai 29 September.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Kelantan, 18 September 2023 - Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YM Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal.
 
Antara perkara yang dibincangkan termasuk pembangunan fasiliti sukan di Kelantan, kerjasama program belia dan sukan serta penganjuran SUKMA 2028.
YBhg. Ts. Dr. turut ke Pasir Puteh untuk meninjau perkembangan Projek Pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau. Pembangunan kompleks sukan yang berkeluasan 160.366 ekar membabitkan beberapa venue utama seperti stadium, arena tertutup, stadium hoki, pusat akuatik dan pusat skuasy.
 
Taklimat perkembangan projek telah disampaikan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia dan dihadiri wakil SUK Kelantan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM.
 
Turut serta, EXCO pendidikan, pengajian tinggi, teknologi hijau, digital dan inovasi, Tuan Wan Roslan Wan Hamat, EXCO belia, sukan, NGO dan perpaduan masyarakat, Tuan Zamakhshari Muhamad, Pengarah JKR Negeri Kelantan, Ir. Mohd. Suhaili bin Ismail, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2 JKR, Sr. Siti Baizura bt Mohamad Noor, Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS, Encik Amir Hamzah Awang Ghazali, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Pengarah JBS Negeri Kelantan, Encik Mohd Saipuddin Zakaria.
 

Bengkel Pendigitalan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah diadakan selama 3 hari bermula 14 hingga 16 September 2023 bertempat di Kompleks Rakan Muda,
Bukit Kiara.

Bengkel ini melibatkan penyertaan pegawai-pegawai ROY termasuk Pejabat ROY di zon. Tujuan bengkel adalah untuk meneliti proses-proses kerja bagi pembangunan sistem eROYv2 dan merancang gerak kerja ke arah menaik taraf sistem tersebut bersama-sama wakil daripada pihak Bahagian Pembangunan Sumber Maklumat, Kementerian Belia dan Sukan.

Semoga bengkel ini akan memberikan sumbangan dan impak bagi mencapai hasrat dalam memudahkan pertubuhan belia berurusan dengan pejabat ini.

Tanah Merah, 17 September 2023 -  YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS mengadakan Lawatan Kerja ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah.

Beliau disambut oleh Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah IKBN Tanah Merah. YBhg. Ts. Dr. diberi taklimat kursus yang ditawarkan, pengurusan dan projek pembangunan di IKBN tersebut. 
 
Susulan itu, satu sesi perjumpaan dan amanat bersama kakitangan diadakan sebelum meninjau bengkel teknologi fesyen dan lain-lain fasiliti.
 
Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh En. Shahrul Affendi bin Baharudin Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS, Pn. Rai'dah binti Mohd Yaman, Setiausaha Bahagian (Sumber Manusia), KBS, En. Amir Hamzah Bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian (Pembangunan), KBS, En. Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) Negeri Kelantan dan En. Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok.
 

Please publish modules in offcanvas position.