PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA 2023 kini kembali menemui peminat sukan tanah air. 

Bagi memastikan acara ini dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Sepang International Circuit (SIC) mengumumkan jualan ‘Tiket Rahmah’ K2 Hillstand berharga RM49.90 sebagai salah satu inisiatif Sukan Rahmah.

Dengan tema #Kasigegar acara berprestij yang dihoskan oleh SIC ini bakal menemui peminat pada 10 hingga 12 November 2023. 

Tiket boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.sepangcircuit.com.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI  #MerakyatkanSuka

Cheras, 13 September 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan Program Y-Capsule bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) .

Program Y-Capsule ini bertujuan memberi manfaat kemudahan penginapan kepada golongan belia khususnya kepada mereka yang baru berhijrah ke bandar bagi mencari peluang pekerjaan.

Inisiatif ini mengambil kira kemudahan yang lengkap di IYC dengan lokasi yang strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur 

Kemudahan penginapan dengan kadar RAHMAH pastinya dapat membantu meringankan beban golongan belia yang mencari rezeki di ibu kota.

Program ini menyasarkan golongan belia yang berhasrat untuk menjalani latihan industri, golongan pencari kerja dan golongan yang telah bekerja tetapi tidak mempunyai tempat untuk menginap dengan kadar bayaran RAHMAH sebanyak RM10/hari. 

Kemudahan penginapan ini akan mula beroperasi pada 15 September 2023 dan pendaftaran serta maklumat lanjut mengenai terma dan syarat penginapan boleh didapati di laman sesawang rasmi IYC www.iyckl.org.my.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Uzbekistan, 8 September 2023 - YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan kerja ke Khiva, Uzbekistan bagi menghadiri Ethnosport Summit 2023 pada 8 September 2023. Ethnosport Summit dianjurkan bersama oleh World Ethnosport Confederation (WEC) dan Kerajaan Uzbekistan bagi mempromosi dan membangunkan sukan dan permainan tradisional (Traditional Sports and Games – TSG). 

Semasa Ethnosport Summit tersebut, YB Timbalan Menteri bersama-sama dengan TYT Dr. Adham Ikramov, Menteri Dasar Belia dan Sukan Uzbekistan, TYT İbrahim Yumaklı, Menteri Pertanian dan Perhutanan Republik Türkiye dan TYT Sarsen Kuranbek, Timbalan Menteri Kebudayaan dan Sukan Republik Kazakhstan telah bertukar pandangan mengenai kepentingan pembangunan TSG dalam negara masing-masing dan serantau dalam sesi High-Level Ministerial Panel yang dipengerusikan oleh TYT Necmeddin Bilal Erdoğan, Presiden WEC. Pembangunan dasar TSG yang terancang dilihat dapat menyumbang kepada usaha dalam pencapaian kemampanan alam sekitar dan kebudayaan.  

YB Timbalam Menteri diiringi oleh YBrs. Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antrabangsa KBS.

Cheras, 11 September 2023 -  YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir ke Welcoming Dinner Malaysia - Singapore Youth Leaders Exchange Programme 2023 .

Program pertukaran belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama National Youth Council Singapura (NYC) disertai seramai 40 orang peserta terdiri daripada 20 orang peserta Malaysia dan 20 orang peserta Singapura berumur dikalangan 22 hingga 30 tahun.

Bertemakan Social Entrepreneurship & Innovation program untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara belia Malaysia dan Singapura selain sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

#TeamKBS #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Sepang, 11 September 2023 -  YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyambut kepulangan pasukan boling padang negara yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dunia di Gold Coast, Australia. 

Beregu wanita, Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi berjaya memenangi pingat emas manakala beregu lelaki, Idham Amin Ramlan dan Izzat Dzulkeple memenangi pingat gangsa.

Kejayaan gandingan wanita negara ini menamatkan penantian 15 tahun Malaysia meraih pingat emas pada kejohanan dunia. 

YB Menteri juga turut mengumumkan insentif wang tunai RM40,000 seorang buat beregu wanita dan RM10,000 seorang buat beregu lelaki. Semoga insentif ini akan terus mendorong atlet negara kita terus cemerlang mengharumkan nama negara di persada dunia.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.