Putrajaya, 5 September 2023 - Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 akan diadakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri dan Bahagian di negeri Sarawak diselaraskan semula ke 28 Oktober 2023 (Sabtu) bagi menghormati Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS menyasarkan sasaran penyertaan seramai 4.5 juta orang di seluruh negara bagi HSN 2023 dengan tema #FitMalaysia dan #HSN2023. 

Pelbagai program dan aktiviti sukan dan rekreasi akan dianjurkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bermula 13 hingga 15 Oktober 2023.

KBS menyeru semua pihak untuk bersama-sama memeriahkan penganjuran HSN termasuklah menerusi pelaksanaan program dan aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat masing-masing. Cadangan pelaksanaan program dan aktiviti boleh didaftarkan secara dalam talian di portal https://www.harisukannegara.my.

KBS turut mengalu-alukan mana-mana pihak terutamanya pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), korporat dan swasta untuk bersama menyokong dan menyertai sambutan HSN melalui kerjasama strategik. Cadangan kerjasama boleh dihantar menerusi e-mel Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya..

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI  #FitMalaysia  #HSN2023

Putrajaya, 5 September 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan mempengerusikan Mesyuarat JK Induk Hari Sukan Negara bertempat di Menara KBS.

Mesyuarat urut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Angin, beberapa EXCO Belia dan Sukan Negeri, wakil kementerian/ jabatan/ agensi dan sebagainya.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 akan diadakan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Turut hadir YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalysia  #FitMalaysia  #HSN2023

Putrajaya, 4 September 2023 -  YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengadakan sesi walkabout mempromosikan Pesta Rakan Muda Mudi: Demokrasi Beraksi di sekitar Persint 8, Putrajaya.

Pesta Rakan Muda Mudi: Demokrasi Beraksi merupakan platform bagi membangkitkan pengetahuan anak muda mengenai kepelbagaian isu yang mewarnai negara berlandaskan Gaya Hidup Rakan Muda.

Program ini akan berlangsung pada 9 September 2023 (Sabtu) bertempat di Dewan Podium KBS dan Kawasan Sekitar Menara KBS, Putrajaya bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti:

💡: Forum
💭: Perkongsian Idea dan Pengalaman
📽️: Bedah Filem
🎭: Pameran Seni Visual dan Karya Negara
💳 : Jualan Usahawan Belia
🎙️ : Persembahan Puisi dan Akustik

Jumpa anda semua nanti. Masuk adalah PERCUMA.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Putrajaya, 4 September 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneruskan sesi konsultasi bagi mendapatkan pandangan dan pendapat berhubung Belanjawan 2024 bersama para pemegang taruh belia.

Berlangsung di Podium KBS Putrajaya, sesi hari ini melibatkan pertubuhan belia, perwakilan mahasiswa, alumni institusi pengajian tinggi (IPT), belia profesional dan sebagainya.

Sesi konsultasi ini turut disertai YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Sabah, 2 September 2023 - Penganjuran kali pertama Ekspo Industri Sukan Sabah (EISS) 2023 ini telah menjana pulangan ekonomi sebanyak RM13.8 juta temasuk melalui pemerteraian tiga (3) MoU . 

EISS 2023 yang dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan pada 2 September 2023  ini juga telah melepasi sasaran bilangan pengunjung seramai 5846 orang. 

Penganjuran EISS 2023 adalah untuk memberi pendedahan penduduk negeri Sabah khususnya mengenai peranan dan sumbangan yang diberikan oleh pelbagai segmen industri sukan, termasuk pelancongan sukan, kemudahan sukan, peruncitan sukan, perubatan sukan, pengurusan acara sukan dan pendidikan sukan.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.