Petaling Jaya, 29 Ogos 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Memperkenalkan Skuad Bolasepak Pekak Malaysia serta Penaja bagi Program 4th World Deaf Football Championships (4th WDFC) 2023 di Sunway Resort Hotel.

Kejohanan ini adalah yang pertama kali diadakan di Asia dan Malaysia telah terpilih menjadi sebagai tuan rumah penganjuran. 4th WDFC akan diadakan mulai 23 September hingga 7 Oktober 2023 dan sebanyak 20 pasukan bola sepak orang pekak lelaki dan lima pasukan wanita dari seluruh dunia akan menyertai kejohanan ini.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Thailand, 29 Ogos 2023 - Fourteenth Senior Officials Meeting on Sports (SOMS-14) telah dilaksanakan dari 28-29 Ogos 2023 di Hotel Shangri La, Chiang Mai, Thailand dengan kerjasama Sekretariat Association of Southeast Asian Nations (ASEAN). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Niwat Limsuknirun, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Jasmani, Kementerian Pelancongan dan Sukan, Thailand. 

Mesyuarat mensasarkan kehadiran Ketua Setiausaha/ Setiausaha Tetap/ Pegawai-pegawai kanan yang mewakili Kementerian/ Jabatan/ Agensi bertanggungjawab dalam hal ehwal sukan. Malaysia telah diwakili oleh Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara. 

SOMS-14 telah membincangkan perkara-perkara seperti pelaksanaan Pelan Kerja ASEAN dalam Sukan 2021-2025, potensi kerjasama dengan rakan dialog ASEAN dan rakan organisasi di bawah pelan kerja yang baharu serta hala tuju dan pembangunan sukan di kalangan Negara Anggota ASEAN. Turut hadir adalah Encik Muhamad Asyraf bin Abdul Azias @ Aziz  dari Bahagian Hubungan Antarabangsa, KBS.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Bukit Jalil, 28 Ogos 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah mengumumkan hasil daripada inisiatif 1Sukan 1Fasiliti bertempat di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil. 

Demi pembangunan sukan, adalah penting semua persatuan sukan kebangsaan (PSK) mempunyai home-base atau tempat yang tetap untuk berlatih. Walaupun penyediaan tempat latihan adalah tanggungjawab PSK, inisiatif 1Sukan 1Fasiliti adalah usaha KBS untuk menyokong PSK dalam usaha mereka untuk mendapatkan tempat latihan yang tetap bagi tujuan pembangunan prestasi dan bakat sukan. 

Objektif utama inisiatif 1Sukan 1Fasiliti ini adalah untuk memperkasakan persatuan sukan agar dapat meningkatkan kualiti pengurusan dan pembangunan tadbir urus yang lebih baik, teratur, sistematik dan bertaraf antarabangsa serta mengoptimumkan penggunaan fasiliti dan kemudahan sukan sedia ada, sama ada di bawah pengurusan kerajaan mahupun swasta. 

Sejak bulan April 2023, KBS telah menerima dan mempertimbangkan sebanyak lapan (8) permohonan daripada PSK yang mana telah dipadankan dengan fasiliti dan kemudahan di bawah KBS, kementerian/ agensi kerajaan dan juga pihak swasta. Senarai padanan di bawah inisiatif 1Sukan 1Fasiliti adalah seperti berikut:

1. Persatuan Sukan Larian Berhalangan Malaysia (MORSA), Ruang Parkir, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur 

2. Persatuan Korfball Malaysia, Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Negara (Panasonic), Shah Alam 

3. Persatuan Teqball Malaysia, Dewan Serbaguna Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang 

4. Persatuan Finswimming Malaysia, Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang 

5. Persatuan Sofbol Malaysia (Sofbol), Padang Sofbol, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 

6. Persatuan Sofbol Malaysia (Baseball 5), Padang Sofbol, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 

7. Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), MRANTI Park, Bukit Jalil (TPM), Kuala Lumpur 

8. Persekutuan Hoki Ais Malaysia, IOI Icescape Ice Rink, IOI City Mall, Putrajaya 

KBS menyeru mana-mana pemilik fasiliti sukan, sama ada dari pihak kerajaan mahupun swasta untuk tampil ke hadapan menawarkan fasiliti sukan kepada PSK demi pembangunan bakat serta prestasi sukan negara.

Maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai inisiatif 1Sukan 1Fasiliti, sila hubungi sekretariat di talian 03-8871 3242/3319/3313 atau e-mel Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya. 

Unit Komunikasi Korporat 
Kementerian Belia dan Sukan

Putrajaya, 25 Ogos 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir di Perhimpunan Bulanan Kementerian Belia dan Sukan.

Dalam amanat YBhg. Ts. Dr. KSU beliau menyeru agar warga KBS sentiasa menghayati semangat kemerdekaan khasnya dalam belia Malaysia. Beliau juga turut menekankan enam rukun Malaysia Madani dan G.R.E.A.T Civil Service sebagai panduan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Turut diadakan penyampaian pensijilan EKSA, penyampaian hadiah keceriaan sempena bulan kemerdekaan dan penyampaian hadiah sayembara puisi KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.