Subang Jaya, 20 Ogos 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir meyaksikan Skrin Besar perlawanan akhir Piala Dunia Wanita FIFA 2023 di Mydin USJ, Subang Jaya .

Sepanyol berjaya merangkul juara Piala Dunia Wanita FIFA 2023 selepas menewaskan England dengan jaringan 1-0.

Berlangsung di Stadium Australia, aksi mantap yang dipamerkan Sepanyol tidak mampu dikekang England.

Program yang disokong Mydin Malaysia ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS  #DemiMalaysia  #MalaysiaMADANI

Perak, 20 Ogos 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merasmikan Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh.

Lebih 9,000 orang menyertai program peringkat Negeri Perak ini yang merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan hasrat membudaya dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat.

Berkonsepkan karnival kecergasan, antara pengisian bagi edisi kali ini seperti Fun Ride, Fun Run, Fun Walk, senamrobik, lompat tali, pameran kecergasan dan kesihatan dan banyak lagi.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Selangor, 19 Ogos 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Jelajah Mini Rakan Muda Selangor.

Sejak dilancarkan pada 25 Jun lepas oleh YAB Perdana Menteri, KBS telah merangka pelbagai aktiviti Rakan Muda di seluruh negara menerusi 10 Gaya Hidup Rakan Muda.

Antara program dan aktiviti yang diadakan di Negeri Selangor antaranya:

✅ Senamrobik Rakan Muda
✅ Pertandingan Street Soccer
✅ Sukan Elektronik
✅ Inline Skating
✅ Kitar Semula
✅ Jualan Usahawan Belia
✅ Kursus Asas Sulaman

Gilap bakat dan serlahkan potensi diri anda dengan sertai Rakan Muda. 

Ayuh! Daftar sekarang di https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah mengadakan sesi libaturus bersama Kelab Golf Negara Subang (KGNS).

Beliau disambut oleh Presiden KGNS, YBhg. Mej. Jen. (B) Dato' Abd Ghani Yunus, Timbalan Presiden KGNS, En Ding Meng Sieng, Ahli Jawatankuasa, Dato' Hazman Bin Ahmad dan Dr. Michael Heng Kiah Ngan serta Pengurus Besar, En Ramesh Menon.

Pertemuan dengan pengurusan tertinggi KGNS antara lain membincangkan usaha memajukan sukan golf di Malaysia terutamanya melalui pendedahan di peringkat akar umbi. Pertemuan ini disusuli dengan tinjauan fasiliti KGNS.

Sesi libaturus turut dihadiri oleh YBrs. Pn. Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), YBrs. En. Megat Mohd Shahrin bin Dato' Mohd Hamdan, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS).

Putrajaya, 12 Ogos 2023 - KBS menerusi JBSN mengadakan program “Tayangan Skrin Besar” di Dataran Putrajaya, Presint 3 sempena saingan final Kejohanan Hoki Hero Trofi Juara-Juara Asia 2023 menyaksikan Speedy Tigers menentang India.

Pasukan hoki lelaki negara meraih naib juara selepas tewas kepada pasukan tuan rumah apabila tunduk dengan jaringan 3-4 di peringkat final tersebut. Syabas kepada Speedy Tiger atas kejayaan yang membanggakan ini.

Tayangan skrin besar ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.