Pulau Pinang, 6 Ogos 2023 - YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merasmikan program Fit Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 di Padang Kota Lama, George Town.

Edisi Pulau Pinang menyaksikan seramai 11,000 orang mengambil bahagian dalam program ini.

Fit Malaysia pmerupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membudaya dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat.

Penganjuran program kali ini berkonsepkan karnival kecergasan dengan pengisian aktiviti seperti fun ride 10km & 30km, fun run 5km & 10km, fun walk 3km, senamrobik, lompat tali, pameran kecergasan dan kesihatan dan banyak lagi.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Shah Alam, 5 Ogos 2023 - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir merasmikan Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 pada perlawanan Malaysian University menentang Selangor FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Majlis perasmian LWN 2023 itu turut disertai oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed dan Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Dato’ Suraya Yaacob.

Saingan LWN 2023 akan menyaksikan enam pasukan iaitu Selangor FC, LMS Tigress FC, SSMP, Malaysian University, Sabah serta Kelana United berentap bagi merebut gelaran juara.

Putrajaya, 5 Ogos 2023 - YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merasmikan Seminar Agrobelia Lestari 2023 bertempat di Menara KBS, Putrajaya.

Seramak 200 orang belia menyertai seminar yang julung kali dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diadakan untuk meningkatkan penglibatan golongan belia meneroka bidang pertanian yang merupakan salah satu sektor penting dalam menyumbang kepada ekonomi negara.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Langkawi, 5 Ogos 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir ke program Rakan Muda: Rakan Bumi- Penanam Bakau, Selamatkan Bumi Kita di Kuala Temoyong, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Hampir 200 anak pokok ditanam di sepanjang Kuala Temoyong ini. Pokok bakau ini amatlah berharga kerana merupakan hidupan semula jadi yang menyempurnakan kehidupan dan ekosistem alam.

Program merupakan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan Persatuan Pencinta Alam Langkawi.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Putrajaya, 3 Ogos 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman dalam bidang kerjasama belia dan sukan bersama rakan sejawat beliau iaitu Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 3 Ogos 2023.

Selanjutnya, kedua-dua Menteri telah menukarkan MOU tersebut dalam satu Majlis yang disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan KDYMM PSB Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis Pemeteraian dan Pertukaran MOU tersebut telah diadakan bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-24 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

Pemeteraian MoU ini memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik erat di antara kedua-dua negara dan meneruskan kerjasama yang telah terjalin semasa MoU pertama yang ditandatangani pada 2 Julai 2011.

YB Menteri diiringi oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Dr Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian (Hubungan Antarabangsa).

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.