YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyambut kepulangan Team ILKBS di KLIA yang telah mengharumkan nama Malaysia dan KBS di WorldSkills ASEAN Singapore 2023.

Team ILKBS berjaya membawa pulang dua pingat emas dan satu gangsa dalam acara tersebut. Sekali lagi syabas dan tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat belia Malaysia.

TVET Pilihan Utama Kerjaya.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir merasmikan sambutan Hari Pencegahan Lemas Sedunia Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2023 di Kelantan Golf and Country Club, Kota Bharu.

Hari Pencegahan Lemas Sedunia merupakan kempen advokasi menerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang disambut setiap tahun pada 25 Julai adalah tujuan untuk memberikan kesedaran mengenai risiko lemas dan perkongsian kaedah bagi mencegahnya.

Antara pengisian yang diadakan bersempena sambutan ini adalah perkongsian maklumat dan pengalaman oleh rakan strategik KBS iaitu Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Selain itu, YB Adam Adli turut meninjau pelaksanaan program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di lokasi yang sama.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Kuala Lumpur, 27 Julai 2023 - YAB Perdana Menteri hari ini meluncurkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat bertempat di Kuala Lumpur.

Majlis turut dihadiri YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat akan menjadi satu wawasan untuk kita membina Malaysia yang lebih baik untuk kita dan anak-anak kita.

Kerangka ekonomi ini menggariskan dua fokus utama iaitu:
(i) menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia; dan
(ii) meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Putrajaya, 27 Julai 2023 - YBrs. Puan Ramona Mohd. Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS telah mewakili YB Menteri Belia dan Sukan untuk menerima kunjungan hormat daripada TYT Isiaka Abdulqadir Imam, Setiausaha Agung Pertubuhan Lapan Negara Membangun (D-8) di Menara KBS pada 27 Julai 2023.

TYT Isiaka telah memaklumkan bahawa pembangunan belia merupakan antara agenda utama dalam D-8. Salah satu inisiatif utama adalah cadangan penubuhan Majlis Belia D-8. KBS telah menekankan komitmen Malaysia dalam usaha pemerkasaan belia dan sukan serta memberi sokongan kepada cadangan penubuhan Majlis Belia tersebut, tertakluk kepada butiran pelaksanaan yang akan dikemukakan oleh D-8 kemudian.

Selain itu, kedua-dua pihak juga membincangkan cadangan program belia dan sukan yang berpotensi untuk diterokai bersama termasuk program pertukaran belia dan penganjuran pertandingan sukan antara negara anggota D-8.

Turut hadir adalah YBrs. Dr. Zainah Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Jabatan Belia dan Sukan, YBrs. Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa serta delegasi dari Kementerian Luar Negeri yang diketuai oleh YBrs. Encik Ahmad Kamrizamil bin Mohd Riza, Setiausaha Bahagian OIC, Kerjasama Serantau dan D-8, Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala.

Negeri Sembilan, 26 Julai 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Klinik Bola Sepak yang berlangsung di tiga lokasi sekitar Negeri Sembilan iaitu di Nilai, Seremban dan Jelebu.

Program dengan kendalian daripada Majlis Sukan Negara ini pastinya program seperti ini akan dapat meningkatkan kualiti bola sepak negara dengan melatih pemain dari peringat akar umbi. YB Menteri juga turut membuat edaran bola sepak kepada mereka yang hadir.

Terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan!

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.