Jelajah Mini Rakan Muda singgah di Kelantan pula.

Bagi edisi negeri Kelantan, YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan turun padang ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan di Panji bagi meninjau program dan aktiviti yang diadakan.

Antaranya Kemahiran Pertukangan Kayu, Klinik Bola Sepak, Sukan Elektronik, Auto & Audio Show, Seni Mempertahankan Diri, Asas Jahitan, Dikir Barat dan banyak lagi.

YB Adam Adli turut merasmikan Y-HUB di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang merupakan pusat sehenti kegiatan belia setempat.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Anugerah Sukan Negara 2022 di Subang.

Majlis berprestij ini diturut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Dalam majlis penuh gilang gemilang ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2022 kepada atlet badminton Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Anugerah Olahragawati Kebangsaan 2022 buat atlet gimrama Ng Joe Ee.

Turut hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Anugerah Sukan Negara 2022 merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang mencipta kebanggaan seluruh Malaysia di pentas antarabangsa.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Jelajah Rakan Muda edisi Pulau Pinang.

Jelajah Rakan Muda diadakan dengan pengisian yang menarik dan segar menerusi 10 Gaya Hidup Rakan Muda.

Antara program dan aktiviti yang diadakan bagi edisi Pulau Pinang seperti Pameran Hobi, Persembahan Muzik, Demo Menggunting Rambut, Pertandingan Bola Jaring dan Bola Sepak 3X3, Cabaran Cross FitAuto & Music Show dan banyak lagi.

Turut hadir Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 bertempat di Padang Kota Lama, George Town.

Bertemakan “Ini Masa Kita”, penganjuran sambutan adalah bagi menghargai dan mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan belia termasuklah di Pulau Pinang.

Penganjuran sambutan HBN hari ini turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 serta beberapa aktiviti mesra belia seperti sukan dan rekreasi, persembahan pentas, pameran dan jualan usahawan belia dan banyak lagi.

Sambutan turut dihadiri Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

YB Adam Aadli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir di Jelajah Mini Rakan Muda Kedah.

Sebanyan 5 program gaya hidup Rakan Muda dilaksanakan hari ini iaitu Rakan Mahir, Rakan Digital, Rakan Niaga, Rakan Aktif dan Rakan Ekspresi.

Ayuh! Daftar sekarang di https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Please publish modules in offcanvas position.