26 Februari 2026, Bukit Jalil - Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah merasmikan MyAthlete Center yang diadakan di Pavilion MSN Bukit Jalil.

MyAthlete Center yang merupakan pertama seumpamanya di Malaysia adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara sebagai hab kesejahteraan holistik yang menyokong kesihatan mental, kebajikan serta perancangan kerjaya atlet.

Istimewanya, pusat ini dikendalikan oleh atlet sendiri secara sambilan — centre for athletes, by athletes.

Turut diumumkan pelantikan 16 bekas atlet kebangsaan sebagai jurucakap rasmi MACE, antaranya bekas jaguh badminton negara, Goh Liu Ying, bekas ratu gimrama, Farah Ann Abdul Hamid yang akan berperanan sebagai “duta kecil” dalam menyebarkan maklumat sahih sukan negara.

Majlis turut menyaksikan pemeteraian MoU antara Majlis Sukan Negara bersama MACE Partners iaitu Bubbles O2, ZUS Coffee dan IKEA Malaysia (IKANO Retail) bagi membuka peluang kerjaya inklusif kepada atlet kebangsaan dan negeri.

Inisiatif ini bakal diperluas ke Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan dan Kompleks Sukan MSN Nilai.

26 Februari 2026, Putrajaya - KBS hari ini memeterai Surat Persefahaman (LoU) bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sebagai langkah strategik memperkukuh integriti dan ketelusan dalam perolehan Kerajaan, khususnya dalam membanteras amalan kartel dan tipu bida (bid rigging).

Majlis ini telah disaksikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan dan YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Lobi, Menara KBS.

LoU ini telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha bagi pihak KBS dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Idrus bin Harun, Pengerusi bagi MyCC.
Inisiatif ini bukan sekadar memenuhi protokol rasmi, tetapi mencerminkan tekad dan keberanian untuk menangani cabaran lama dalam sistem perolehan negara disamping membendung ketirisan, mengawal peningkatan kos projek serta melindungi kontraktor dan pembekal yang jujur.

Melalui kerjasama ini, tiga fokus utama telah dipersetujui:
i) Pemantauan dan pengesanan corak bidaan mencurigakan
ii) Perkongsian data serta saluran pelaporan dua hala
iii) Pendidikan, advokasi dan latihan kepada pegawai perolehan

Kerjasama ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh tatakelola, meningkatkan ketelusan dan menutup ruang ketirisan dalam pengurusan kewangan awam.
Hadir sama YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

#TeamKBS #KitaSemuwTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

22 Februari 2026, Kuala Lumpur - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan telah menghadiri Majlis Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan.

Majlis peluncuran yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan inisiatif menjadikan masjid sebagai institusi sosial yang inklusif bagi pemerkasaan belia tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama ditunjangi kolaborasi strategik KBS bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 

Peluncuran yang diadakan serentak dengan Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri ini turut diserikan dengan kehadiran YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri Hal Ehwal Agama, golongan belia dan pemimpin agama.

KBS komited memastikan pelaksanaan inisiatif ini berjalan lancar dan berimpak tinggi dalam memperkasa belia melalui pengimarahan institusi masjid sebagai pusat pembangunan komuniti. 

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI

16 Februari 2026, Putrajaya - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah menyampaikan amanat serta menyerahkan surat penempatan kepada Kadet Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA).

Kesemua kadet akan menjalani latihan praktikal di bawah submodul Strategic Partnership Programme (SPP) bermula 16 Februari hingga 20 Mac 2026 di beberapa Bahagian KBS.

Dalam amanatnya, YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU menekankan bahawa setiap kadet perlu menjadikan pengalaman di KBS sebagai ruang pembelajaran yang menyeronokkan sambil memahami realiti budaya kerja sebenar. Beliau turut mengingatkan agar sentiasa memelihara integriti, mengamalkan nilai murni serta berpegang kepada prinsip “Do the right things” dalam setiap tindakan.

Seiring arus transformasi digital, para kadet juga disaran memanfaatkan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi mempercepat dan memperkemas pelaksanaan tugasan. Pada masa yang sama, kecemerlangan kendiri perlu sentiasa dipupuk dengan memberikan komitmen dan prestasi terbaik dalam setiap amanah yang diberikan.

Beliau turut berpesan agar penggunaan media sosial dibuat secara berhemah demi menjaga imej Perkhidmatan Awam dan nama baik organisasi.

Selamat menjalani latihan dan menimba pengalaman berharga buat semua Kadet DPA. Terus cemerlang bersama #TeamKBS 💪

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI

16 Februari 2026, Putrajaya - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan bersama YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini menyempurnakan Majlis Prapeluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di Menara KBS, Putrajaya.

Inisiatif kolaborasi strategik antara KBS dan JAKIM ini mengangkat masjid sebagai hub transformasi belia — lebih dinamik, inklusif dan dekat di hati anak muda, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Menjelang Ramadan 1447H, Program Rakan Muda Ramadan bakal digerakkan di 15 lokasi (semua negeri dan Wilayah Persekutuan) dan 113 daerah seluruh negara, dengan penyertaan belia melalui pengisian berteraskan aktiviti keagamaan dan kesukarelawanan.

Kemuncaknya, Peluncuran rasmi akan berlangsung sempena Iftar MADANI bersama YAB Perdana Menteri pada 22 Februari 2026 dengan sasaran kehadiran sekitar 10,000 pengunjung — majoritinya anak muda.

Program ini adalah bukti bahawa pembangunan belia bukan kerja satu pihak sahaja. Apabila kementerian, agensi, institusi masjid dan komuniti berganding bahu — lahirlah ekosistem belia yang progresif, berjiwa komuniti dan penuh nilai.

Hadir sama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MADANIBekerja  #MalaysiaMADANI  #RancakkanMADANI

Please publish modules in offcanvas position.