YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Jelajah Rakan Muda edisi Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Paroi, Seremban.

Jelajah Rakan Muda diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan segar menerusi 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Antara aktiviti yang diadakan hari ini seperti Senamrobik, Sukan Stacking, Silambam, Sky Runner, Bola Jaring, Futsal, Busking dan banyak lagi.

Turut hadir, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Ayuh! Daftar sekarang di https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis.

Dalam lawatan ini YB Timbalan Menteri menyaksikan demonstrasi simulasi navigasi kapal oleh para pelajar teknologi marin. Kursus ini mendapat sambutan menggalakkan sehinggakan pemohon perlu ditemu duga sebelum diterima masuk ke sini.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir meninjau sesi uji bakat program Battleground Malaysia: Road to Gold bertempat di AEON Mall Shah Alam.

Program ini merupakan insiatif bersama di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan ASTRO yang merupakan pertandingan “street dance” terbesar di Malaysia ߇Ⱏ羠

Rakan Muda turut membuka “booth” bagi aktiviti dan pendaftaran penyertaan. Ayuh! Daftar sekarang di https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html.

Turut hadir, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia

YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Pelepasan Peserta Malaysia-China Youth TVET Training 2023 di Gemilang Motor Academy, Seremban, Negeri Sembilan.

Seramai 20 orang anak muda yang berkemahiran dalam bidang teknologi automatif dari Gemilang Motor Academy dipilih sebagai kumpulan pertama untuk mendalami pengetahuan berkaitan bidang teknologi kenderaan elektrik atau Electric Vehicle (EV) di negara China.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh akan memberi manfaat kepada perkembangan industri automotif negara.

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan pelancaran Le Tour de Langkawi (LTdL) Edisi ke-27 di Menara KBS, hari ini.

Dengan tema perlumbaan tahun ini 'Beat The Heat' perlumbaan berbasikal terulung negara ini sekali lagi akan menyambut peminat tempatan dari 23 hingga 30 September 2023 melibatkan lapan peringkat perlumbaan selama lapan hari di 11 negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan 1,280 kilometer.

Turut hadir YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Please publish modules in offcanvas position.