Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Ts Dr. Nagulendran Kangayatkarasu membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 16 Jun 2023 bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

Antara perkara yang dibincang dalam sesi kunjungan hormat ini usaha memperkasakan organisasi KBS untuk mengalas pembangunan sukan dan belia dengan lebih mantap selari dengan pendekatan Malaysia Madani.

YBhg. Dato Dr. KPPA juga telah menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan lanjut dan lawatan ke KBS dalam masa terdekat.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Pengenalan Penaja Atlet Boling Kebangsaan dan Pengumuman Duta Boling KLGCC di Kuala Lumpur.
Tahniah dan syabas kepada dua pemain boling negara, Siti Safiyyah dan Natasha Roslan kerana telah diberikan kepercayaan untuk menerima penghargaan ini.

Penghargaan seperti ini merupakan satu langkah ke hadapan yang cukup penting untuk memperkukuh industri sukan negara.

Ini sebenarnya sejajar dengan apa yang dihasratkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melihat lebih ramai pihak korporat tampil ke hadapan untuk sama-sama membantu meningkatkan mutu sukan negara.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

YB Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Robert Gass, wakil United Nations Children’s Fund (UNICEF) ke Malaysia merangkap wakil khas UNICEF ke Brunei Darussalam di Parlimen pada 13 Jun 2023.

Pihak KBS dan UNICEF telah membincangkan potensi kerjasama bagi meningkatkan kesejahteraan belia dan atlet muda termasuk kesihatan mental belia, pencegahan masalah sosial melalui sukan dan melindungi hak kanak-kanak dalam sukan melalui kod sukan selamat. Selain itu, kedua belah pihak turut membincangkan usaha untuk meningkatkan peranan belia dalam mengatasi isu semasa antarabangsa seperti perubahan iklim.

Usaha merentasi kementerian/agensi ini dicadangkan untuk dilaksanakan melalui program Rakan Muda yang telah diberi nafas baharu pada tahun ini. Turut hadir adalah YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, YBrs. Puan Ramona Mohd. Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) dan YBrs. Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa.

Kunjungan hormat YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan ke atas YB Tan Sri Dato' Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan berkenaan pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia dan kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Parlimen Malaysia. Turut hadir YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir menyaksikan Pusingan 4, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix di Sepang, hari ini.

Pusingan pertama Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix musim ke-30 telah bermula sejak Februari 2023 yang lepas dan kini memasuki pusingan keempat kekal menjadi platform melahirkan bakat muda dalam sukan permotoran.

Turut hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

Please publish modules in offcanvas position.