Program KLAS Renang telah mendapat sambutan menggalakkan dan maklum balas positif dalam kalangan keluarga B40 sejak dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh pada 13 Mei 2023.

Sehingga 4 Jun 2023, seramai 288 orang daripada keseluruhan 720 orang peserta telah melengkapkan pembelajaran dan latihan bagi KLAS Renang Siri 1 ✅

Berdasarkan pemantauan dan pemerhatian jurulatih, para peserta telah menunjukkan perkembangan positif terutamanya melibatkan pembinaan keyakinan di dalam air (water confidence)

Terdapat beberapa peserta telah menguasai teknik berenang freestyle dan backstroke kicking dengan purata 91% penguasaan kemahiran asas berenang dalam tempoh yang sangat cepat ߓ覬t;br />
YB Hannah bersama Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan turut turun padang meninjau perkembangan program di RNJ Swimming Academy di Petaling Jaya dan Swim Splash Academy di Taman Kepong.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI

YB hannah yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN Ke-12, Cambodia.

Bagi edisi kali ini, seramai 228 anggota kontinjen, terdiri daripada 144 orang atlet dan 84 orang pegawai melibatkan 13 daripada 14 jenis sukan yang dipertandingkan termasuk satu sukan demo (e-sport).

Sukan olahraga menyaksikan penyertaan teramai iaitu 29 orang atlet dan 10 orang pegawai. Kontinjen Malaysia mensasarkan 33 pingat emas, 51 pingat perak dan 58 pingat gangsa bagi Sukan Para ASEAN Ke-12, Cambodia.

Turut hadir sama Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah, Penaung Majlis Paralimpik Malaysia, YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat wira dan wirawati atlet para yang akan berjuang di bumi Kemboja. Semoga segala usaha keras dan semangat juang penuh waja akan mampu dibalas dengan pencapaian yang membanggakan kita semua.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalysia

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir bagi merasmikan Karnival Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) buat pertama kali ini menyasarkan penyertaan yang lebih besar dari kalangan belia selaras dengan tema Hari Belia Negara iaitu “ Ini Masa Kita”.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Haji Harun, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), saudara Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

YAB Perdana Menteri turut menyempurnakan pelancaran Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) yang menjadi pelengkap kepada Dasar Belia Malaysia dan selari dengan dasar nasional terkini.

Penganjuran karnival yang bermula pada 27 Mei ini turut diserikan dengan pelbagai pengisian yang mesra belia antaranya himpunan komuniti belia, Jelajah Genta Belia, bengkel kemahiran, pertandingan sukan elektronik (esports), pameran kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), jualan usahawan belia, perkhemahan sukarelawan dan sebagainya.

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kejohanan ini khusus untuk memperkasakan pembangunan sukan seni mempertahankan diri terutamanya di peringkat akar umbi menerusi penganjuran kejohanan seterusnya mencungkil bakat baharu sukan negara.

Sebanyak 4 acara sukan seni mempertahankan diri dipertandingkan iaitu Silat, Taekwondo, Wushu dan Silambam dengan penglibatan penyertaan keseluruhan seramai 1,200 orang.

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA KE-32 Cambodia 2023, pada 30 April 2023.

Kontinjen Malaysia kali ini dianggotai seramai 928 orang yang terdiri daripada 677 orang atlet dan 251 orang pegawai dengan penyertaan 33 jenis sukan dan 340 acara yang dipertandingkan. Edisi kali ini kontinjen Malaysia mensasarkan 40 pingat emas, 37 pingat perak dan 64 pingat gangsa.

Edisi Sukan SEA Ke-32 ini juga turut melibatkan 387 atlet berusia bawah 23 tahun dan acara olahraga menyaksikan penyertaan teramai iaitu 65 orang atlet.

Selamat maju jaya dan selamat berjuang buat wira dan wirawati kontinjen Malaysia ߒ갟N Segenap lapisan rakyat Malaysia bersatu hati memberikan sokongan padu supaya kejayaan mampu di bawa pulang.

Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Please publish modules in offcanvas position.