Bengkel Pembangunan Modul “Kita Juara” Agensi Anti-Doping Malaysia 2023

Mac 2023 - Bengkel Pembangunan Modul “Kita Juara” ADAMAS 2023 telah dilaksanakan di Pusat Belia Antarabangsa(IYC), Cheras, Kuala Lumpur bagi memastikan keperluan yang telah digariskan di dalam International Standard for Education (ISE) di bawah perkara 5.1 yang menetapkan Pendidikan Berasaskan Nilai (Value Based Education) harus menjadi fokus utama ADAMAS dalam memastikan persekitaran bebas doping. Selaras dengan keperluan tersebut, bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan satu Modul Pendidikan Berasaskan Nilai (Value Based Education) versi Malaysia, dapat direka dan dibangunkan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pendidikan Anti-Doping dan stakeholder ADAMAS seperti dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Sukan Negara. Selain daripada itu, Educators ADAMAS juga hadir bagi membantu ADAMAS bagi membangunkan modul yang dirancang ini. YBrs. Dr. Lee Kwan Meng dan Tuan Saezull bin Ismail telah dilantik sebagai fasilitator bagi memudahkan perjalanan bengkel ini. Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sedang dalam usaha membangunkan modul/kurikulum selaras dengan keperluan yang terkandung di dalam program Pendidikan Anti-Doping pada tahun ini di bawah Pelan Pendidikan ADAMAS 2023

Jutaan terima kasih diucapkan bagi peserta yang menjayakan bengkel ini. Pihak ADAMAS berharap agar pelaksanaan bengkel ini juga akan dapat menjayakan pembangunan modul sebagai bahan pendidikan yang berkualiti untuk atlet “minor” khususnya dari kalangan pelajar sekolah.

#BECLEAN #BEHEALTHY #BEPROUD #WADA #ANTIDOPINGEDUCATION #SEARADO #WINCLEAN #CLEANSPORT #TEAMKBS #ADAMASMALAYSIA

Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Mengukuhkan Pembangunan Belia

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil. 1/2023 pada hari ini.

Hadir sama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Mesyuarat ini berperanan untuk menyelaras dan memperkemas sistem penyampaian inisiatif dan program pembangunan belia.

Jawatankuasa ini diwujudkan bagi merancang pembangunan anak muda agar lebih produktif dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.

Majlis Pelancaran Kod Sukan Selamat

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan melancarkan Kod Sukan Selamat, di Menara KBS.

Kod Sukan Selamat dilancarkan sebagai panduan dan rujukan kepada Komuniti Sukan mengenai skop sukan selamat dan tanggungjawab Komuniti Sukan secara jelas dan menyeluruh.

Kod ini juga memberi tafsiran kepada jenis-jenis salah laku yang berlaku dalam sukan berpandukan kepada garis panduan antarabangsa dan juga undang-undang tempatan.
Pelancaran Kod Sukan Selamat adalah cerminan kepada komitmen semua pemegang taruh dalam memastikan persekitaran sukan kita di Malaysia adalah bebas daripada segala bentuk penderaan dan gangguan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian sukan negara di peringkat antarabangsa.

Turut hadir YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
 

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Pusat Dagangan NZX, Lembah Subang, Petaling Jaya hari ini.

Program ini diadakan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa bertemakan “Kasih Wanita” yang disambut secara tahunan pada 8 Mac. Antara aktiviti yang diadakan senamrobik, bola jaring 3 on 3 dan pertandingan mewarna kanak-kanak.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli dan Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

KBS turut membawa Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) bagi mengadakan inisiatif kesukarelawanan menerusi aktiviti gotong royong di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya.
 

Tahniah dan syabas kepada Nurul Syauqina Najwa binti Muhammad Sanusi, Mohamad Zul Hariz bin Mohd Fadzli dan Esli Thomas Belawan Ngau yang membawa pulang sebuah Iphone 14 Pro menerusi pertandingan TikTok KBS 2023.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, di Parlimen, hari ini.

Pertandingan ini merupakan inisiatif KBS bagi menerapkan dan menyemai semangat perpaduan pembangunan jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan belia menerusi platform media sosial iaitu TikTok.

Turut hadir YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

 

Please publish modules in offcanvas position.