AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA (PINDAAN) 2019 [AKTA A1602]
Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 [Akta A1602] merupakan akta pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].
(i) Penurunan had umur belia kepada 15 sehingga sebelum mencapai umur 30 tahun;
(ii) Penetapan had umur ketua pertubuhan belia/pemegang jawatan kepada 18 tahun sehingga sebelum mencapai umur 30 tahun;
(iii) Pengehadan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat (4) tahun sahaja;
(iv) Pembatalan pendaftaran pertubuhan belia tidak perlu disiarkan dalam Warta; dan
(v) Pemegang jawatan yang telah mencapai/ melebihi umur 30 tahun selepas tarikh kuat kuasa boleh meneruskan memegang jawatan sehingga tahun sesi pemegang jawatan tamat atau sehingga Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pemilihan yang seterusnya.
Kerajaan telah memutuskan untuk meminda Akta 668 atas justifikasi berikut:
(i) Dasar Belia Malaysia (DBM)
Selaras dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) yang dilancarkan pada tahun 2015, jelas menyatakan had umur belia diselaraskan kepada antara 15 tahun sehingga sebelum mencapai umur 30 tahun. DBM juga telah menggariskan pindaan kepada Akta 668 untuk melaksanakan dasar pindaan kepada umur belia. Pindaan ini penting untuk memperkukuh peranan belia sebagai pemegang taruh utama pembangunan negara dan memberikan ruang kepimpinan kepada golongan muda secara sistematik.
(ii) Proses Libat Urus dan Sokongan Jemaah Menteri
Gerak kerja pindaan Akta 668 bermula sejak tahun 2015, seiring dengan pelaksanaan Dasar Belia Malaysia (DBM) yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 21 April 2015 bagi menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997. KBS telah menjalankan beberapa siri rundingan di peringkat negeri dan persekutuan serta sesi libat urus melibatkan pelbagai kementerian, jabatan, agensi Kerajaan, pertubuhan belia, NGO dan institusi pendidikan. Hasilnya, pada 12 April 2019, Jemaah Menteri bersetuju agar Rang Undang-Undang (RUU) ini dibentangkan di Parlimen.
(iii) Merancakkan Ekosistem Pertubuhan Belia
Pertubuhan belia perlu bergerak dengan peredaran masa dan kekal relevan untuk bersama-sama membangunkan negara. Pindaan had umur belia sebelum mencapai umur 30 tahun berpotensi menjadi pemangkin kepada penglibatan lebih ramai anak muda dalam pertubuhan belia seiring dengan amalan antarabangsa.
Pemegang Jawatan Pertubuhan Belia
Pemegang jawatan yang telah mencapai umur/ melebihi umur 30 tahun selepas tarikh kuat kuasa boleh meneruskan memegang jawatan sehingga tahun sesi pemegang jawatan tamat atau sehingga Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pemilihan yang seterusnya.
Ahli Pertubuhan Belia
Ahli biasa yang tidak memegang jawatan yang mencapai atau melebihi umur 30 tahun akan terhenti menjadi ahli.
Individu yang telah melepasi had umur masih boleh menyumbang sebagai mentor, fasilitator, penasihat, penggerak belia, pekerja belia atau mana-mana yang bersesuaian.
Selain itu, mereka juga boleh menyertai mana-mana pertubuhan sedia ada atau menubuhkan pertubuhan baharu yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan/ atau badan pendaftar pertubuhan lain yang berkaitan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi pendaftaran koperasi manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) pula bagi pendaftaran yayasan.
Pelbagai bentuk sokongan telah dilakukan termasuk penubuhan sebuah Jawatankuasa Kerja Transisi yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab menyelaras pelan tindakan secara menyeluruh dan menyatukan usaha semua pihak bagi memastikan proses transisi berjalan dengan teratur, lancar dan sistematik yang mana Majlis Belia Malaysia (MBM) telah terlibat secara langsung.
Selain itu, siri jelajah Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) telah dikendalikan mulai tahun 2024 oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan di 25 lokasi di seluruh negara dengan penyertaan seramai 21,552 orang.
Kembara JOM merupakan platform bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan Akta A1602. Siri jelajah Kembara JOM bagi tahun 2025 sedang dilaksanakan bermula 17 Julai 2025 sehingga November 2025 di enam (6) zon seluruh negara.
Seterusnya, ROY telah turut melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi menyokong usaha transisi seperti Bicara Transisi Belia, Bengkel Tadbir Urus dan Kursus Pengurusan Berkesan (KPB). Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) juga telah menganjurkan Program Pengurusan Organisasi (PPO) yang merupakan platform terbaik bagi soft-landing dan pemerkasaan tadbir urus pertubuhan belia.
Tidak. KBS tidak akan menangguhkan penguatkuasaan Akta A1602 kerana telah ditangguhkan sebanyak dua (2) kali iaitu pada 1 Januari 2022 dan 1 Julai 2022. Akta A1602 akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2026.
KBS telah mengadakan pertemuan bersama ROS bagi memastikan proses transisi pendaftaran pertubuhan berjalan lancar dan teratur. ROS bersedia untuk memudah cara proses penubuhan baharu pertubuhan di bawah ROS tertakluk kepada peraturan/ tatacara/ garis panduan yang sedang berkuat kuasa.
Pendekatan ini penting agar semangat dan tenaga belia yang telah menyumbang tidak terhenti, sebaliknya dapat terus menyemarakkan pembangunan masyarakat.
Satu Kertas Jemaah Menteri akan dibawa oleh KBS agar semua kementerian lain kekal meneruskan bantuan dan sokongan sedia ada mengikut kumpulan umur masing-masing. Ini penting agar tiada lompong sokongan Kerajaan walaupun berlaku perubahan umur dalam pertubuhan belia.
Sila rujuk terus kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di talian 03-8881 0842/ 1284/ 1933 atau e-mel roy_hq@kbs.gov.my untuk sebarang pertanyaan mengenai Akta A1602.
