GPS — Syarat Permohonan
Halaman: Syarat Permohonan

Syarat utama sebelum menghantar permohonan.

Ringkasan ini membantu pemohon memastikan kelayakan, dokumen dan jadual dipenuhi — sebelum memohon.

Jendela Permohonan Kertas Cadangan (BM) PJS / ROY / ROS

Syarat Permohonan

Semak kategori pemohon, permohonan yang tidak dipertimbangkan, serta cara & tempoh permohonan GPS KBS.

I. Kategori Pemohon — Siapa yang layak memohon
Kelayakan

Persatuan / Kelab / Pertubuhan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Pastikan status pendaftaran organisasi adalah sah & aktif sebelum permohonan dibuat.
II. Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan
Tegas

Permohonan berikut tidak akan dipertimbangkan:

  • Berdaftar selain di bawah PJS / ROY / ROS;
  • Syarikat, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan;
  • Permohonan daripada entiti atau organisasi politik;
  • Pemohon digantung / dibatalkan pendaftaran atau tidak mematuhi syarat pendaftar;
  • Permohonan tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat;
  • Program sukan sedang berlangsung atau telah tamat;
  • Entiti disenarai hitam atau diisytiharkan bankrap oleh Kerajaan;
  • Bertentangan undang-undang/dasar, menyentuh sensitiviti atau menjejaskan keharmonian & keselamatan awam; dan
  • Terlibat dengan aktiviti dilarang Kerajaan (minuman keras, tembakau, rokok elektronik, perjudian atau berunsur seksual).
III. Permohonan GPS KBS — Cara & tempoh permohonan
Proses

a) Permohonan dibuka bermula 15 Disember 2025 sehingga 1 Julai 2026 dan boleh diisi secara dalam talian.

Portal: gps.kbs.gov.my

* Sebarang pindaan tarikh adalah tertakluk kepada perubahan semasa.
Jadual Jendela Permohonan
Semak Dokumen
Jendela Tarikh Program Permohonan Ditutup Pada Tarikh Keputusan
Jendela 1 15 Feb – 31 Okt 31 Dis 2025 15 Jan
Jendela 2 15 Apr – 31 Okt 28 Feb 2026 15 Mac
Jendela 3 15 Jun – 31 Okt 15 Apr 2026 15 Mei
Jendela 4 1 Sept – 31 Okt 1 Jul 2026 31 Jul

c) Maklumat yang perlu disertakan (permohonan dalam talian)

Jenis Sukan yang dianjurkan
Jenis pendaftaran oleh PJS / ROY / ROS
Nama Persatuan / Kelab
Alamat surat-menyurat
No. pendaftaran persatuan
Tarikh daftar persatuan
Nama pemohon & jawatan dalam persatuan
No. telefon & e-mel rasmi persatuan
Slip eVENDOR (https://evendor.anm.gov.my/)
Sijil daftar persatuan
Penyata bank terkini (baki minimum RM10,000.00 & baki tidak dihitamkan)
Kelulusan bertulis YB Menteri (tuan rumah kejohanan antarabangsa)
d) Kertas cadangan perlu dikemukakan dalam Bahasa Melayu.

xv) Kertas kerja (kandungan wajib)

  • A. Pengenalan — tajuk/nama program, objektif, tarikh, lokasi, jumlah peserta & pengunjung
  • B. Mekanisme Pelaksanaan — kaedah, syarat pertandingan, teknikal/pengadil, yuran, promosi, kerjasama
  • C. Kewangan — kos terperinci (format excel sistem), nilai dipohon, sumber kewangan, tajaan, ROI
    *Hanya kos penganjuran sukan dipertimbang (cth: logistik/teknikal/makan minum/sewaan peralatan)
  • D. Penutup — impak/harapan

Ketetapan penting (e — i)

  • e) Permohonan tanpa dokumen yang menepati syarat garis panduan tidak akan diproses.
  • f) Keputusan Jawatankuasa Pelulus adalah MUKTAMAD dan rayuan tidak dipertimbangkan.
  • g) Tempoh pelaksanaan program diluluskan sehingga 31 Oktober 2026. Pelanjutan selepas tarikh tersebut TIDAK DIBENARKAN.
  • h) Jawatankuasa berhak menentukan ciri/aspek yang disokong mengikut kadar penilaian sewajarnya dan tidak tertakluk kepada keseluruhan penganjuran program sahaja.
  • i) Jawatankuasa berhak membuat semakan semula dan pindaan garis panduan dari semasa ke semasa tertakluk kepada peraturan berkuat kuasa.

Akuan Penerimaan

Ringkasan ini menerangkan proses Surat Kelulusan dan Akuan Penerimaan, termasuk tempoh dan tindakan wajib pemohon.

Surat Kelulusan & Akuan Penerimaan
KBS akan mengeluarkan Surat Kelulusan dan Akuan Penerimaan melalui e-mel sekretariat kepada pihak penganjur yang berjaya berserta syarat dan terma yang dipersetujui bersama.
Muktamad & tiada pindaan
Akuan Penerimaan yang telah ditandatangani adalah MUKTAMAD dan sebarang perubahan pada syarat dan terma adalah TIDAK DIBENARKAN.
Perubahan tarikh/lokasi
Sebarang perubahan tarikh dan lokasi hendaklah dimaklumkan kepada sekretariat GPS melalui surat rasmi atau hantaran e-mel untuk tujuan rekod.
Tempoh 14 hari bekerja
Akuan Penerimaan yang telah ditandatangani (salinan asal) perlu dikemukakan kepada Sekretariat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan e-mel surat kelulusan. Kegagalan mengemukakan dalam tempoh ditetapkan akan menyebabkan kelulusan DIBATALKAN.
Nota: Sila pastikan salinan asal Akuan Penerimaan dihantar mengikut arahan dalam e-mel kelulusan untuk rekod Sekretariat.
© Geran Padanan Sukan (GPS). Hakcipta terpelihara
Dibangunkan oleh UPKP/BPM

Please publish modules in offcanvas position.