Langkah & komitmen penerima GPS.
Ringkasan ini membantu pemohon memahami tindakan yang perlu dipatuhi selepas kelulusan, semasa program berlangsung, dan selepas program selesai.
Pastikan semua perkara dipatuhi mengikut garis panduan.
Tiga fasa utama: Selepas kelulusan, semasa program berlangsung, dan selepas program selesai. Pematuhan membantu kelulusan kekal sah dan proses tuntutan berjalan lancar.
-
Memulangkan Akuan Penerimaan kepada Sekretariat (Salinan Asal) dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan e-mel surat kelulusan.
-
Mendapatkan kelulusan penggunaan logo KBS & Logo Rakan Muda melalui e-mel kepada Unit Komunikasi Korporat KBS.
-
Mendapatkan Surat Kebenaran (Sanction) oleh Badan Pengelola Sukan (pengiktirafan/persetujuan bertulis bagi penganjuran acara).
-
Mendapatkan kelulusan Penganjuran Acara Antarabangsa daripada Pesuruhjaya Sukan melalui Sistem eROSA (penganjuran domestik tidak perlu memohon).
-
Mendapatkan perlindungan insurans bagi penganjuran program yang diluluskan.
-
Memastikan pelaksanaan & penganjuran program mengikut syarat/terma yang dipersetujui serta undang-undang yang berkuat kuasa.
-
Meletakkan logo KBS dan logo utama Rakan Muda dalam penganjuran program sukan yang diluluskan.
-
Memuat naik gambar atau video pelaksanaan program di media sosial serta meletakkan tanda pagar: #gpskbs #kbsmalaysia #rakanmuda.
-
Menyediakan Kod QR bagi borang Kaji Selidik Tinjauan Ekonomi Sukan (TES) dan memastikan sekurang-kurangnya 5% peserta/pengunjung melengkapkan borang.
-
Mengemukakan laporan komprehensif mengikut templat yang disediakan selepas program selesai, merujuk kepada syarat/terma dalam Akuan Penerimaan.
-
Memastikan laporan pelaksanaan program berserta dokumen tuntutan lengkap dikemukakan kepada sekretariat dalam tempoh 30 hari selepas program berlangsung.
-
Jika gagal mengemukakan laporan & dokumen tuntutan lengkap dalam tempoh ditetapkan, kelulusan akan DIBATALKAN.
Peringatan ringkas
Simpan semua bukti, dokumen, dan komunikasi rasmi. Pematuhan tempoh 14 hari (Akuan Penerimaan) dan 30 hari (laporan & tuntutan) adalah kritikal untuk elak pembatalan.
Tuntutan, Dokumen & Pembayaran
Pemberian bantuan GPS KBS adalah secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) selepas program selesai dilaksanakan. Pemohon perlu mengemukakan tuntutan berserta dokumen berikut secara hardcopy untuk tujuan tuntutan pembayaran.
- Surat Tuntutan Pembayaran dengan menggunakan kepala surat (letterhead);
- Borang Permohonan (Dijana dari sistem permohonan dalam talian)
- Akuan Penerimaan (Salinan Asal);
- Salinan Surat Kelulusan;
- Borang Laporan GPS yang disedia dan disahkan oleh Sekretariat GPS;
- Salinan Sijil Pendaftaran Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan;
- Kertas kerja program;
- Slip eVENDOR;
- Surat Kebenaran (Sanction) Badan Pengelola Sukan berkaitan;
- Surat Kelulusan Penganjuran Acara Antarabangsa daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS);
- Tiga (3) salinan perlu disediakan oleh penganjur seperti berikut:
satu (1) salinan asal dan satu (1) salinan untuk sekretariat dan
satu (1) salinan asal simpanan penganjur - Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas program tamat.