LAPORAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI
LAPORAN TAHUNAN AKRAB
LAPORAN KAJIAN IMPAK PEMENTORAN
LAPORAN INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI
LAPORAN KAJIAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN WARGA KBS
Portal ePsikologi merupakan platform awal bagi warga kementerian serta Jabatan/ Agensi di bawahnya untuk mendapatkan maklumat awal mengenai perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang ditawarkan.
UPPsi bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti dan perkhidmatan yang meliputi Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Pentadbiran Organisasi 3: Pengurusan Psikologi. Secara umumnya, perkhidmatan dan aktiviti ini menumpukan kepada elemen pemikiran, tingkah laku dan emosi di tempat kerja.
VISI
Membantu pengurusan sumber manusia dalam membangunkan warga organisasi yang sejahtera minda, emosi dan tingkah laku
MISI
Merancang, melaksana dan memantau program psikologi yang dapat mempertingkatkan potensi serta prestasi pegawai selaras dengan objektif individu dan organisasi.
Menggunakan kaedah psikologi yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai yang berkualiti melalui proses pemilihan, penempatan,pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi.
Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
Kemaskini Terakhir: 20-03-2025, 09:14:13