Page 68 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 68

Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
      66

                15            WANITA DALAM SUKAN




































          ASEAN Women in Sports Conference 2023 diadakan   Antara resolusi utama ialah cadangan mewujudkan
          pada  14  hingga  16  November  2023  membabitkan   kuota 30 peratus untuk wanita dalam jawatan
          lebih 260 orang peserta wanita terdiri daripada   kepimpinan tertinggi dalam persatuan sukan,
          sektor awam, persatuan sukan kebangsaan, majlis   melangkaui keahlian jawatankuasa semata-mata.
          sukan negeri dan badan pertubuhan  bukan         Selain itu, resolusi lain termasuk cadangan program
          kerajaan (NGO).                                  pertukaran antara jurulatih tempatan dan rantau
                                                           ASEAN, serta menggalakkan media meningkatkan
          Sebanyak  80  resolusi  telah  dicapai  dalam  usaha   kesedaran bagi memastikan wanita mendapat
          memperkasa dan meningkatkan peranan wanita       perhatian dalam bidang sukan.
          dalam bidang sukan, baik di dalam negara
          mahupun di seluruh rantau Asia Tenggara. Fokus
          persidangan membincangkan resolusi berkaitan
          empat elemen iaitu kepimpinan, kejurulatihan,
          gaya hidup aktif dan keterampilan yang dijadikan
          sebagai asas pembentukan polisi program
          keterlibatan wanita dalam sukan.

          Resolusi ini akan menjadi platform untuk memberi
          pendedahan dan kesedaran tentang cabaran
          yang dihadapi wanita dalam sukan, sama ada di
          peringkat nasional dan serantau.
          “Di Malaysia, pencapaian atlet wanita
          dalam sukan dilihat sangat positif;
          namun,     peranan      kepimpinan       dan
          pengurusan       memerlukan       perhatian
          dan  penglibatan wanita adalah  satu
          keperluan.”
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73