Page 63 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 63

Pencapaian KBS
                                                                                                             61

                   12            KLINIK KESIHATAN WANITA

                                 UNTUK ATLET DI INSTITUT

                                 SUKAN NEGARA





























            Institut  Sukan Negara (ISN)  telah mengambil
            langkah penting dalam menjaga kesihatan atlet
            wanita  dengan  melancarkan  Klinik  Kesihatan
            Wanita pada 4 Oktober 2023. Klinik ini beroperasi
            setiap Rabu, dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari,
            di Pusat Perubatan Sukan Negara, ISN.
            Klinik ini menyediakan pelbagai perkhidmatan,
            termasuk khidmat perundingan dan konsultasi,
            pemeriksaan kesihatan wanita, rujukan luar, serta
            sesi pendidikan kesihatan yang khusus untuk
            wanita. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu
            atlet wanita dalam menangani isu-isu kesihatan
            yang sering dihadapi mereka.
            Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh berkata,
            “Susulan daripada sesi libat urus yang diadakan,
            saya minta ISN untuk mewujudkan khidmat pakar
            wanita di sini yang boleh membantu atlet wanita
            kita. Diharapkan perkhidmatan terbaharu ISN ini
            dapat dimanfaatkan oleh semua atlet wanita di
            bawah Program Majlis Sukan Negara (MSN) untuk
            menangani isu-isu kesihatan wanita dalam sukan.”
            Inisiatif ini menunjukkan komitmen ISN dan
            Kementerian Belia dan Sukan dalam memastikan
            kesejahteraan atlet wanita, serta meningkatkan
            kesedaran   mengenai    pentingnya   penjagaan
            kesihatan dalam kalangan mereka.
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68