Program Pementoran ini merupakan salah satu pendekatan melalui Aplikasi Psikologi Dalam Intervensi (Program Pengupayaan Kendiri). Ia bertujuan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor (terlatih, berkemahiran dan beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan). Ia dilaksanakan bagi tujuan memantapkan tahap kecekapan pegawai di samping membantu mengatasi kebimbangan disebabkan kurang keyakinan dan pengetahuan dalam melaksanakan tugas.
Melalui program ini, ilmu dan kemahiran dapat dikongsi bersama. Di samping itu, secara tidak langsung mereka yang berpengalaman dan terlatih diberi pengiktirafan sebagai mentor.
Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan sebuah platform sebagai medium pelaporan bagi melancarkan lagi pengurusan dan pentadbiran Pementoran di kementerian ini.
Klik butang di bawah untuk ke ePementoran KBS.