Therapy Suite Kementerian Belia Dan Sukan telah disempurnakan perasmian oleh YBhg. Datuk Jamil bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan pada 19 Februari 2014 (Rabu) bersamaan 19 Rabiul Akhir 1435H.
Therapy Suite terletak di Aras 5 Menara KBS dan diselia oleh Unit Pengurusan Psikologi, Kementerian Belia Dan Sukan. Therapy Suite bertujuan memberi kemudahan warga KBS mendapatkan sesi intervensi, relaksasi dan bagi kegunaan. Selain itu, Unit Pengurusan Psikologi juga menggunakan Therapy Suite sebagai latihan dalaman (kelompok bimbingan), aktiviti Rakan Pembimbing (AKRAB) KBS dan terapi yang berkaitan.
Therapy Suite dibuka untuk kegunaan warga KBS pada setiap hari Isnin hingga Khamis dari jam 1.00 petang hingga 2.00 petang. Sekiranya ada keperluan kegunaan Therapy Suite selain daripada hari dan masa yang ditetapkan, warga KBS boleh menghubungi Unit Pengurusan Psikologi bagi tujuan tersebut.