IYF@KBS • SYARAT PERMOHONAN
Kelayakan Pemohon
Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun.
01
Skop program
Skop program seperti mana yang dinyatakan di perenggan 4.
02
Had kelulusan
Hanya layak dipertimbangkan satu (1) kelulusan sahaja setahun.
03
Keutamaan
Keutamaan diberikan kepada belia yang menggangotai persatuan, pertubuhan atau kelab yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).
Nota: Sila pastikan semua syarat dipenuhi untuk memudahkan permohonan.
Tip cepat
Pastikan semua dokumen lengkap sebelum hantar — ini yang selalu jadi punca permohonan “stuck”.
Ikut siri
Hantar awal
Dokumen jelas
Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan
Senarai ringkas kategori permohonan yang tidak akan diproses.
- (i) Kakitangan KBS dan agensi di bawahnya.
- (ii) Penjawat awam.
- (iii) Pemohon yang pernah menerima tajaan/kelulusan IYF atau tajaan KBS bagi program antarabangsa dalam tempoh dua (2) tahun sebelumnya.
- (iv) Permohonan daripada entiti/organisasi politik.
- (v) Permohonan tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat.
- (vi) Mesyuarat/forum/persidangan/simposium yang sedang berlangsung atau telah tamat.
- (vii) Pemohon menjalankan perniagaan/aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan.
- (viii) Pemohon disenarai hitam atau diisytiharkan bankrap.
- (ix) Program yang bertentangan dengan undang-undang/dasar Kerajaan, menyentuh sensitiviti, atau menjejaskan keharmonian dan keselamatan awam.
- (x) Program berbentuk bengkel, ekspo, karnival dan seumpamanya.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh diisi melalui Google Form yang diakses daripada Portal KBS. Dokumen yang perlu dimuat naik bersama permohonan adalah seperti berikut:
Disaran hantar permohonan lebih awal untuk elak isu dokumen tidak lengkap.
Dokumen diperlukan
Checklist ringkas untuk muat naik.
Curriculum Vitae
Ringkasan akademik, kerjaya & berkaitan.
Kertas kerja lengkap
Mesyuarat / forum / persidangan / simposium.
Nama persatuan/NGO
Nyatakan nama persatuan.
Nombor telefon bimbit
Untuk rujukan & semakan.
Alamat e-mel
Pastikan aktif.
Alamat surat menyurat
Untuk rekod rasmi.
Penyata akaun bank terkini
Salinan yang jelas.
Anggaran perbelanjaan
Pecahan kos perjalanan & lain-lain.
Nota penting
- Kertas kerja perlu dikemukakan dalam Bahasa Inggeris sahaja.
- Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh mesyuarat/forum/persidangan/ simposium berlangsung.
- Pemohon yang disenarai pendek akan diangkat kepada Jawatankuasa IYF untuk pertimbangan dan kelulusan. Keputusan Jawatankuasa IYF adalah MUKTAMAD dan segala rayuan tidak akan dipertimbangkan.