Tanggungjawab Pemohon
Garis panduan semasa program dan selepas program bagi memastikan pematuhan, hebahan rasmi, serta pelaporan yang lengkap.
Semasa Program Berlangsung
Patuhi terma
Pemohon hendaklah memastikan mesyuarat / forum / persidangan / simposium yang dihadiri mengikut syarat-syarat dan terma yang telah dipersetujui.
Logo KBS & Rakan Muda
Pemohon hendaklah meletakkan logo KBS dan logo Rakan Muda di dalam slaid pembentangan untuk kegunaan dalam mesyuarat/ forum/ persidangan/ simposium tersebut. Pemohon boleh merujuk Garis Panduan Penggunaan Logo KBS dan Logo Rakan Muda yang boleh diakses di laman sesawang KBS;
Kandungan & hashtag
Pemohon hendaklah memuat naik gambar atau video mesyuarat/ forum/ persidangan/ simposium yang dihadiri dalam media sosial dan meletakkan tanda pagar #iyfkbs2026 #kbsmalaysia #rakanmuda ;
Larangan logo politik
Pemohon tidak dibenarkan menggunakan atau memaparkan logo parti politik dalam apa jua medium bagi tujuan hebahan program
Selepas Program Berlangsung
Laporan bergambar
Pemohon hendaklah mengemukakan laporan komprehensif bergambar mengikut format yang disediakan dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat/ forum/ persidangan/ simposium yang dihadiri selesai sebagai bukti penglibatan
Penyata perbelanjaan
Pemohon juga perlu mengemukakan perincian perbelanjaan sebenar berserta dokumen sokongan (resit/baucar) bagi memastikan dana dibelanjakan seperti mana yang diluluskan
Pemulangan lebihan
Sebarang lebihan baki peruntukan yang tidak digunakan hendaklah dipulangkan semula kepada KBS dan kaedah pemulangan akan ditentukan oleh pihak KBS kepada peserta selepas mengemukakan laporan dan perincian perbelanjaan