Page 122 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 122
Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
120
ASEAN Ministerial Meeting on Youth and Related Meetings
19 Jun 2023, Putrajaya - Kementerian Belia dan Sukan yang diketuai oleh YB Hannah Yeoh Menteri Belia dan
Sukan telah mempengerusikan Mesyuarat 12 ASEAN Ministerial Meeting on Youth and Related Meetings
th
secara atas talian di Putrajaya. Tema kepengerusian Malaysia ialah Mental Health Matters : You Are Not
Alone. Terdapat empat (4) mesyuarat yang telah dianjurkan iaitu 12 ASEAN Senior Officials Meeting
th
on Youth (12 SOMY) pada 19 Jun 2023, 11 ASEAN Plus Three Senior Officials Meeting on Youth pada 20
th
th
Jun 2023 serta 12 ASEAN Ministerial Meeting on Youth (12 AMMY) dan 8 ASEAN Plus Three Ministerial
th
th
th
Meeting on Youth pada 21 Jun 2023.
Pelbagai inisiatif dan program pembangunan belia yang dilaksanakan oleh Negara Anggota ASEAN dan
rakan dialog iaitu Republik Rakyat China, Republik Korea dan Jepun bagi meningkatkan kesejahteraan
dan peluang generasi muda telah diketengahkan dalam mesyuarat-mesyuarat yang terlibat. Mesyuarat
turut mengalu-alukan Timor Leste yang julung kali menghadiri mesyuarat-mesyuarat tersebut sebagai
pemerhati.
Antara inisiatif utama yang telah dibincangkan adalah Laporan Kedua ASEAN Youth Development Index
(YDI) yang bertujuan untuk mengukur dan memantau tahap kesejahteraan belia di rantau ASEAN. Indeks
ini melibatkan tujuh domain meliputi antaranya, aspek pendidikan, kesihatan, tenaga kerja, penglibatan
politik dan identiti dan nilai ASEAN.
Mesyuarat juga membincangkan dan membuat semakan ke atas kemajuan pelaksanaan inisiatif di
bawah ASEAN Work Plan on Youth 2021-2025 yang mencakupi lima bidang keutamaan, iaitu pendidikan,
pekerjaan dan kepimpinan, penyertaan, kesihatan dan kesejahteraan.
Mesyuarat telah bersetuju dengan kenyataan bersama Menteri-Menteri Belia ASEAN berhubung komitmen
Negara Anggota ke atas pelaksanaan ASEAN Work Plan on Youth 2021-2025 dan memberi penghargaan
kepada rakan dialog AMMY dan rakan strategik belia yang telah bersama-sama melaksanakan inisiatif-
inisiatif pembangunan belia di ASEAN.
Kepimpinan Malaysia dalam menerajui AMMY telah mendapat penghargaan pengiktirafan semua negara
anggota ASEAN serta rakan dialog. Selari dengan prosedur ASEAN, Myanmar akan mengambil alih
kepengerusian AMMY untuk penggal 2023 – 2024.

