Page 117 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 117

Laporan KBS
                                                                                                             115



                                           BAHAGIAN DASAR DAN
                                           PERANCANGAN STRATEGIK




            Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDS) terdiri daripada Cawangan Strategik, Cawangan Sukan,
            Cawangan Belia, Cawangan Penyelarasan dan Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputra dengan kekuatan
            keseluruhan pegawai dan kakitangan seramai 31 orang termasuk empat orang pegawai Mystep.

            Fungsi Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik  seperti berikut:
                ■ BDS  bertanggungjawab  untuk  merancang,  menggubal,  menyelaras  serta  memantau  pelaksanaan
                dasar-dasar dan akta berkaitan belia dan sukan berpandukan matlamat program atau aktiviti
                Kementerian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, merangkumi Dasar Belia Malaysia, Dasar
                Sukan Negara, Visi Sukan Negara dan Model Baharu Pembangunan Belia MADANI, Pelan Strategik
                KBS, Akta Pertubuhan Dan Pembangunan Belia 2007 dan Akta Pembangunan Sukan.
                ■ BDS juga bertanggungjawab melaporkan pelaksanaan dan pemantauan ke atas inisiatif dan dasar
                Kerajaan melibatkan Rancangan Malaysia, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan  Outcome-Based
                Budgeting (OBB). Selain itu, BDS bertindak menyelaras dan mengurus Kertas Jemaah Menteri, hal
                ehwal Parlimen, Mesyuarat Pasca-Kabinet serta kolaborasi strategik bersama kementerian dan agensi
                luar.

            PROGRAM DAN AKTIVITI

            Pelancaran Kod Sukan Selamat
            Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melancarkan Kod Sukan Selamat pada 15 Mac 2023. Pelancaran
            diadakan di Dewan Podium, Menara KBS dan telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan
            Sukan. Kod yang dibangunkan berdasarkan garis panduan antarabangsa dan undang-undang tempatan
            dan ini merupakan panduan komprehensif untuk seluruh komuniti sukan yang menjelaskan skop salah
            laku dalam sukan serta tanggungjawab para pemegang taruh.
            Pelancaran ini mencerminkan komitmen semua pemegang taruh dalam memastikan persekitaran sukan
            di Malaysia bebas daripada segala bentuk penderaan dan gangguan dalam usaha meningkatkan tahap
            pencapaian sukan negara di peringkat antarabangsa. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Adam
            Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua
            Setiausaha KBS.
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122