Page 119 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 119

Laporan KBS
                                                                                                             117


            disediakan secara perundingan dengan pihak
            berkepentingan yang berkaitan pada suku pertama
            2024 untuk melancarkan proses transisi itu.
            Dalam pada itu, Jawatankuasa Bersama diketuai
            YB Timbalan Menteri, YB Adam Adli Abd Halim
            telah ditubuhkan bagi membincangkan program-
            program transisi serta strategi untuk memperkasa
            kepimpinan     dan    meningkatkan     keahlian
            pertubuhan belia daripada golongan belia yang
            lebih muda.




            Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
            KBS terlibat dalam penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang telah diadakan mulai
            8 hingga 10 Disember 2023 di Parkir A dan B, Stadium Nasional Bukit Jalil. Program yang membawa
            perkhidmatan  Kerajaan  kepada  rakyat  ini  menarik  kehadiran  melebihi  230,000  orang  pengunjung
            sepanjang tempoh program. KBS telah menyertai pameran di reruai KBS dengan pengisian pelbagai aktiviti
            seperti Sesi Suai Kenal Atlet, simulator perlumbaan dan Tekken, Blazepod serta sesi advokasi NESDEG.

            Selain itu, KBS juga terlibat dalam perkhidmatan bergerak melalui pekhidmatan terapi sukan dan
            kosmetologi, Trak Promosi Rakan Muda, barista autisme dan penyediaan pemudah cara kesemua
            perkhidmatan  KBS.  Larian  Ria MADANI  telah  dianjurkan  pada  9  Disember  2023  yang  berjaya  menarik
            penyertaan seramai 3,000 orang. Selain daripada itu, KBS juga menganjurkan Pertandingan Sepakan
            Penalti yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM25,100.00. KBS juga terlibat dalam
            persembahan di Pentas Utama melalui slot penampilan Atlet Negara dan persembahan Rakan Muda.
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124