Page 15 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 15

Dari Meja KSU
                                                                                                             13

            Salam Hormat dan Salam Malaysia MADANI,
            Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pasukan penerbitan Buku Laporan
            Tahunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2023 dalam memaparkan pencapaian dan kejayaan KBS
            sepanjang tahun ini. Dalam memenuhi keperluan semua pemegang taruh sukan dan belia, saya juga
            menekankan  kepada semua  warga KBS  agar  sentiasa mewujudkan  ekosistem  yang seronok  untuk
            bekerja berlandaskan disiplin dan integriti. Antara aspek yang telah ditekankan juga adalah kebajikan
            dan kesejahteraan warga KBS.

            KBS merupakan satu agensi yang sangat penting dalam memacu pembangunan generasi semasa dan
            akan datang, yang bakal mewarisi dan memimpin negara tercinta ini. Di samping itu, pembangunan
            sukan bukan sahaja tentang memenangi pingat di temasya antarabangsa, tetapi juga mempunyai
            elemen penyatuan masyarakat. Oleh itu, KBS perlu terus merakyatkan dan membudayakan sukan ke
            arah melahirkan Malaysia yang lebih cergas dan sihat.

            Dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan, pengurusan tatakelola yang baik dan telus akan
            menjamin kepercayaan pemegang taruh dan rakyat kepada jentera kerajaan. Arakian, di KBS kita perlu
            terus memperkasakan amalan budaya kerja yang mengutamakan kecemerlangan dalam penyampaian
            dan melaksanakan perkara yang betul dengan betul (do the right thing, right) pada setiap masa.
            Pada masa yang sama, KBS pada 2023 telah mula menggerakkan anjakan paradigma dalam penganjuran
            program dan operasi yang bersifat low cost, high impact selari dengan hasrat kerajaan untuk berbelanja
            secara berhemah. Selain itu, di KBS kita telah mula menerapkan elemen kemampanan dan kelestarian
            untuk memastikan semua operasi kita mempunyai impak yang minimum kepada alam.

            Semoga  KBS akan  terus  dinamik dan  dapat  melaksanakan  reformasi  yang diperlukan mengikut
            kehendak semasa. Maka, pada tahun-tahun akan datang, kita perlu memantapkan struktur KBS secara
            keseluruhan untuk memastikan penyampaian yang terbaik mengikut keperluan rakyat dan negara.
            Ke arah ini, ayuh kita terus bekerja secara berpasukan dalam suatu suasana kerja yang menyeronokkan
            di samping mendukung pendekatan Malaysia MADANI.



            Sekian, terima kasih                                 ...kita perlu terus

            YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu             memperkasakan
            Ketua Setiausaha                                     amalan budaya
            Kementerian Belia dan Sukan
                                                                 kerja yang
                                                                 mengutamakan

                                                                 kecemerlangan
                                                                 dalam penyampaian

                                                                 dan melaksanakan
                                                                 perkara yang betul

                                                                 dengan betul (do the
                                                                 right thing, right)

                                                                 pada setiap masa.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20