Page 11 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 11

Kata Alu-aluan Menteri
                                                                                                             9








            Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,

            Tahun 2023, genaplah setahun saya dan YB Adam Adli Abd Halim selaku Timbalan Menteri menerajui
            Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sepanjang tempoh ini, KBS telah melaksanakan pelbagai reformasi
            dalam perihal belia dan sukan berdasarkan enam nilai teras MADANI yang diaspirasikan oleh YAB
            Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Justeru, pelbagai inisiatif yang memberikan manfaat dan
            kebaikan telah diperkenalkan dan diperkasakan bukan sahaja untuk atlet dan industri sukan malah
            untuk golongan belia.

            Pencapaian KBS dalam tempoh 2023 mengambil kira setiap pandangan pemegang taruh untuk
            merakyatkan sukan; memperkasakan belia dan merakyatkan fasiliti KBS sedia ada untuk semua
            golongan. Selaras dengan hasrat dan hala tuju KBS kita memperkenalkan inisiatif yang meliputi semua
            aspek keperluan pemegang taruh. Sebagai contoh KBS memperkenalkan sekretariat Road to Gold (RTG)
            dengan sasaran membawa balik satu pingat emas dari Sukan Olimpik Paris 2024. Antara inisiatif-inisiatif
            lain yang diperkenalkan ialah KLAS Renang, penginapan Y-Capsule, Kod Sukan Selamat, Rakan Muda
            Nafas Baharu dan Merakyatkan Fasiliti Perbadanan Stadium Malaysia. KBS juga akan mencadangkan
            pembelian peralatan sukan dan perbelanjaan untuk latihan sukan akan diberikan pelepasan cukai
            individu pada tahun hadapan.
            Saya  mengambil peluang ini  untuk  merakamkan  penghargaan  dan terima  kasih  kepada  Ketua
            Setiausaha,  Ts. Dr.  Nagulendran  Kangayatkaratsu,  pengurusan  tertinggi  dan semua  warga KBS  yang
            bekerja keras, memberikan komitmen dan dedikasi atas pencapaian KBS sepanjang tahun 2023. Saya
            berharap KBS akan terus menerokai ruang yang terbaik dan terkini untuk memberikan perkhidmatan
            terbaik kepada rakyat dan pemegang taruh bagi golongan belia dan industri sukan.



            Sekian, terima kasih
            YB Hannah Yeoh
            Menteri Belia dan Sukan
                                                              Antara inisiatif-inisiatif
                                                              lain yang diperkenalkan

                                                              ialah KLAS Renang,
                                                              penginapan Y-Capsule,

                                                              Kod Sukan Selamat,
                                                              Rakan Muda Nafas

                                                              Baharu dan Merakyatkan
                                                              Fasiliti Perbadanan

                                                              Stadium Malaysia.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16