Page 13 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 13

Mesej daripada Timbalan Menteri
                                                                                                             11








            Assalamualaikum dan Salam Malaysia MADANI,

            Setahun bersama-sama Kerajaan Madani, Kementerian Belia dan Sukan terus bersungguh-sungguh
            mendekati keperluan kelompok belia dan industri sukan negara. Selaras dengan aspirasi ditetapkan,
            pelbagai pendekatan kreatif telah digunakan bagi memastikan lapangan belia dan sukan negara terus
            bergerak maju.
            Kekuatan dan fokus menyeluruh telah diberikan kepada inisiatif Rakan Muda bagi memastikan anak
            muda di Malaysia diberikan ruang meluahkan pandangan dan melakukan pelbagai kegiatan positif. Ia
            menjadi langkah berani Kementerian dalam mengolah rancangan yang lebih dekat dan bersifat segar.
            Rakan Muda ialah platform generasi terkini untuk menyerlahkan potensi dan bakat.

            Selain itu, bagi mencapai hasrat kerajaan menurunkan had umur belia semasa antara 15 hingga 40
            tahun kepada 30 tahun, kerajaan telah menetapkan tarikh kuat kuasa bagi Akta Pertubuhan Belia dan
            Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 [Akta A1602] pada 1 Januari 2026. Kementerian sedang merancang
            untuk satu sesi libat urus bagi mendapatkan maklum balas menyeluruh daripada kelompok belia
            akar umbi terhadap pindaan ini. Program ini akan memberi peluang kepada semua anak muda untuk
            memberikan pandangan dan hasrat mereka untuk diambil tindakan langsung oleh Kementerian.
            Saya berharap anak muda di seluruh Malaysia akan terus memberikan sokongan terhadap semua inisiatif
            Kementerian. Terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, Ketua Setiausaha KBS,
            Ts. Dr. Nagulendra Kangayatkarasu, pengurusan tertinggi dan seluruh warga KBS untuk setiap usaha
            bermakna tahun ini.



            Sekian, terima kasih
            YB Adam Adli Abd Halim
            Timbalan Menteri Belia dan Sukan

                                                              Kekuatan dan fokus
                                                              menyeluruh telah

                                                              diberikan kepada
                                                              inisiatif Rakan Muda

                                                              bagi memastikan
                                                              anak muda di Malaysia

                                                              diberikan ruang
                                                              meluahkan pandangan

                                                              dan melakukan pelbagai
                                                              kegiatan positif.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18